UUM ONLINE: Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UUM telah menerima surat hebahan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertarikh 1 April 2021 mengenai pembukaan permohonan Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Tahun 2021.
Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan bidang nic. Program ini memberi penarafan kepada Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) di IPT yang berkelayakan bagi memacu kecemerlangan penyelidikan serta perkhidmatan dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.
KPT juga telah mewujudkan satu inisiatif baharu di bawah Program HICoE iaitu Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) yang bertujuan untuk memantapkan lagi kerjasama di antara CoE/kumpulan penyelidik dalam aktiviti penyelidikan bidang nic. KKP adalah salah satu platform untuk menggalakkan CoE di IPT ke arah memperoleh penarafan sebagai HICoE.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan HICoE bagi Teras Penyelidikan dan lnovasi, dan Teras Perkhidmatan serta KKP 2021 akan dibuka bermula dari 13 April 2021 sehingga 27 Mei 2021 berdasarkan kepada 14 bidang nic seperti berikut:
- Makanan (Food)
- Tenaga (Energy)
- Tanaman Perladangan (Plantation Crops)
- Keselamatan Siber (Cyber Security)
- Air (Water)
- Biodiversiti (Biodiversity)
- Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
- Persekitaran dan Perubahan lklim (Environment and Climate Change)
- Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)
- Pendidikan (Education)
- Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services)
- Budaya Kreatif dan lndustri (Creative Culture and lndustry)
- Teknologi Pintar dan Sistem (Smart Technology and System)
- Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan (Knowledge and Discover of Frontiers)
Lanjutan itu, maklumat dan dokumentasi berkaitan permohonan HICoE dan KKP boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPT iaitu http://www.mohe.gov.my bermula pada 13 April 2021 (Selasa).
Semua permohonan ini akan diselaraskan di peringkat RIMC, di bawah Secretariat CoE, Unit Tugas-Tugas Khas. Semua permohonan perlu dikemukakan sebelum 15 Mei 2021 bagi tujuan semakan dan penyelarasan sebelum ianya dikemukakan kepada KPT.
Justeru, sukacita kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua kakitangan akademik/penyelidik di Pusat Pengajian masing-masing.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini, boleh berhubung terus dengan Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi, Timbalan Pengarah (Unit Tugas-tugas Khas), dan pihak sekretariat CoE, Abdul Rais B Mohamad Mokhtar, Pegawai Penyelidik RMIC di talian 04-9284783 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
Sekian, terima kasih.