Permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM)dan dua kategori anugerah bahasa Melayu bagi Tahun 2022 telah dibuka mulai 1 April 2022 (Jumaat) hingga 31 Mei 2022 (Selasa). Semua calon dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan ATABM / ATHABM / ATBMST 2022 tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan.
Selain itu, bagi menghargai usaha ahli akademik muda dan ahli akademik daripada sektor teknikal dalam memartabatkan Bahasa Melayu, dua anugerah telah dianjurkan bermula pada tahun 2020 iatu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST).
Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu / Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu / Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan akan menerima sijil penganugerahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, piala iringan serta wang penghargaan.
ATABM merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada ahli akademikpelbagai bidang yang memartabatkan Bahasa Melayu dalam kerjaya mereka. Tahun ini merupakan tahun ke-11 penganjuran dan seramai 8 orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu.
Untuk maklumat lanjut, boleh melayari hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang ATABM Kementerian Pengajian Tinggi di http://atabm.mohe.gov.my.
Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini, boleh diajukan kepada urus setia anugerah seperti maklumat berikut:
URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) &
ANUGERAH TOKOH HARAPAN AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATHABM)
UNIT INOVASI
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELARASAN DASAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Aras 13, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
dan
URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR TEKNIKAL (ATBMST)
BAHAGIAN KURIKULUM
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 W.P. PUTRAJAYA
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.