Seiring dengan polisi pembangunan dan pelan strategik Universiti, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan CoE pada 19 Januari 2023 di Future Learning Lab (FLL) UUM.
Bengkel tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pengarah (Tugas Khas dan Piawaian) RIMC, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi selaku Sekretariat CoE.
Menurutnya, bengkel tersebut diadakan bagi mengenalpasti CoE yang berpotensi untuk digilap menjadi HICoE selain untuk menentukan kekuatan/fokus CoE masing-masing sebagai makmal penyelidikan/perkhidmatan, penjanaan pendapatan melalui latihan atau lain-lain yang bersesuaian.
“Bengkel ini diharap akan dapat untuk menonjolkan keunikan CoE dengan lebih menyerlah dan menjadi pakar rujuk dalam bidang tertentu.,” katanya.
Pada bengkel tersebut juga, sesi sumbang saran diadakan untuk membincangkan dan mencadangkan penambahbaikan tadbir urus CoE bagi pengembangan dan pengukuhan potensi CoE sedia ada.
Bengkel ini juga bertujuan untuk membolehkan setiap Pengarah U-CoE dan S-CoE memacu transformasi untuk kelangsungan dan keterlihatan CoE masing-masing dengan lebih menyerlah dan berfokus serta dapat mengekalkan kecemerlangan CoE.
Seramai 35 orang peserta terdiri daripada Pengarah U-CoE dan S-CoE, Pegawai Tadbir dan Sekretariat telah menyertai bengkel itu.
Sumber berita : Unit Tugas-tugas Khas & Piawaian RIMC