UUM ONLINE: A town hall session featuring a gathering of researchers from Universiti Utara Malaysia (UUM) and representatives from the Kedah State Education Department was held at EDC UUM recently.
The programme, which combines the strategic collaboration of the university, industry, community, and government, held discussions on topics relating to the issue of student dropout, effective methods of dealing with it from a communication perspective, and ways to increase the number of students enrolled in high school in particular. The results of the research programme were also presented during the meeting that took place.
The Kedah Commitment to Educate Successful Students (KOMPaS) research programme, which combines the expertise of UUM lecturers from three main fields, namely Education, Communication and Computing Technology, is strongly supported by the Kedah State Education Department (JPN) and the Sime Darby Foundation (YSD), which is UUM's strategic partner.
Attendees at the opening session of the townhall included the Director of the Kedah State Education Department, Mr. Rozaini Ahmad; JPN officials, including the Chief Assistant Senior Director (Secondary Unit and Form 6), Mr. Abdul Somad Abdullah; the Chief Assistant Director of the Student Affairs Unit, Mr. Abdul Somad Abdullah; and the Chief Assistant Director of the Information Management Sector, Mdm. Wan Mahani Mahmood; as well as the Head of the KOMPaS-YSD Programme, Prof. Dr Rosna Awang Hashim (UUM) and the KOMPaS-YSD research team.
Prof. Dr. Rosna welcomed the arrival of the delegates from the Kedah State Education Department and extended her gratitude to both the delegates and all of the KOMPaS-YSD UUM researchers who put in a lot of effort to carry out research activities and protect the interests of all stakeholders.
"UUM is open to receiving constructive feedback from the Kedah State Education Department regarding the ongoing enhancement of this two-year-old research programme," she said.
________________________________________________________________________
TOWN HALL’ PROGRAM PENYELIDIKAN KOMPaS-YSD-JPN KEDAH PEMANGKIN PENYELESAIAN ISU SEMASA
UUM ONLINE: Sesi ‘town hall’ di antara kumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Pendidikan (JPN) Negeri Kedah telah diadakan di EDC UUM, baru-baru ini.
Program yang menggabungkan kolaborasi strategik universiti, industri, komuniti dan kerajaan itu membincangkan hal berkaitan masalah keciciran pelajar, kaedah menangani yang berkesan dari perspektif komunikasi dan cara untuk meningkatkan bilangan kehadiran pelajar sekolah menengah, khususnya. Dapatan kajian program penyelidikan juga turut dibentang pada sesi tersebut.
Program penyelidikan Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS) ini menggabungkan kepakaran pensyarah UUM dari tiga bidang utama iaitu Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Pengkomputeran yang mendapat sokongan padu dari kerajaan negeri Kedah, JPN Kedah dan Yayasan Sime Darby (YSD) iaitu rakan strategik UUM.
Sesi pembukaan townhall telah dihadiri oleh Pengarah JPN Kedah, Rozaini Ahmad dan pegawai JPN iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Menengah dan Tingkatan 6), Abdul Somad Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Abdul Somad Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat, Wan Mahani Mahmood serta Ketua Program KOMPaS-YSD, Prof. Dr. Rosna Awang Hashim (UUM) dan barisan penyelidik KOMPaS-YSD.
Prof. Dr. Rosna telah mengalu-alukan kedatangan pihak JPN Kedah serta mengucapkan terima kasih kepada JPN serta semua ahli penyelidik KOMPaS-YSD UUM yang berusaha keras menjalankan aktiviti penyelidikan, sekali gus menjaga kepentingan semua pemegang taruh.
“UUM terbuka untuk menerima pandangan membina daripada pihak JPN Kedah bagi penambahbaikan berterusan program penyelidikan ini yang telah diusahakan sejak dua tahun lalu,” katanya.
Pengarah JPN Kedah turut merakamkan rasa penghargaan kepada pihak UUM dan berharap jalinan kerjasama antara JPN Kedah dan UUM dalam memastikan peningkatan pendaftaran (enrolment) pelajar menengah atas dan program penyelidikan bagi mengurangkan keciciran pelajar ini dapat diteruskan dan dimantapkan.
Menurut beliau, isu keciciran pelajar di peringkat menangah atas ini sentiasa menjadi fokus utama JPN demi untuk membangunkan pendidikan supaya hal keciciran itu dapat diatasi dan mereka dapat dikeluarkan daripada masalah tersebut.
“Justeru, antara usaha yang dilakukan ialah mengupayakan guru dan bekerjasama dengan pihak penyelidik UUM,” katanya.
Selain itu, JPN turut diberi penerangan tentang usaha UUM dalam menjalankan pelbagai sesi libat urus bersama enam sekolah yang terpilih di sekitar daerah Kubang Pasu, Baling dan Langkawi. Semua sekolah ini merupakan projek rintis UUM, YSD, kerajaan negeri Kedah dan JPN Kedah dalam mendidik dan melahirkan pelajar Permata KOMPaS yang sihat rohani, jasmani dan intelek.
Hasil program ini termasuklah pengesanan awal keciciran pelajar, sokongan teknologi dan modul komunikasi berkesan bagi meningkatkan minat dan kesejahteraan pelajar Permata KOMPaS serta kemenjadian insan dan peningkatan kualiti pendidikan negeri Kedah khususnya dan negara amnya.
Terakhir, kerjasama strategik dan usaha sama yang berterusan antara penyelidik KOMPaS-YSD, komuniti, kerajaan negeri dan JPN Kedah akan terus diterapkan dalam memastikan pengesanan awal, sokongan teknologi dan model komunikasi dapat mengurangkan jumlah keciciran pelajar menengah atas dan seterusnya memberi impak berkesan kepada semua pihak terutamanya pelajar.
Oleh: Datin Dr. Minah Harun, Dr. Nursafwah Tugiman dan Ameera Hanna Mohd Tajuddin
Gambar oleh: KOMPaS-YSD
5 MAC 2023 / 12 SYAABAN 1444H
===========================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Sumber berita : UUM Corp Comm