UUM ONLINE: The success of fellow Universiti Utara Malaysia (UUM) researcher in winning two gold medals and one silver medal at the Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition 2019 (IPITEX2019) not only did the University proud, the accomplishment also enhanced Malaysia's image the eyes of the world.
Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz, a fellow lecturer at the School of Education and Modern Languages (SEML), obtained two gold medals through her innovative products namely Cerdik BM Siri 1 and Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator, while the third product called English Does not Hurt was awarded a silver medal.
Dr. Nurulwahida said her success was made even more memorable when Cerdik BM and English Does not Hurt each received the Special Award from INNOPO Indonesia, while the Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator received the same award from Canada’s, Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills.
According to her, the winning came as a surprise as she knew that her innovative products had to compete with more than 1000 research innovations in the contest which involved 25 countries from around the world.
"Praise be to Allah, when the three research products which the group and I brought from UUM attracted the attention of some foreign countries and in the end these products were ultimately awarded the Special Award from Canada and Indonesia.
"I fervently hope that this accomplishment will be a catalyst to spur more successes in local and international competitions like PECIPTA and ITEX and I would also like to thank the Malaysian Education Ministry, RIMC and the UUM Innovation and Commercialization Centre (ICC ) for rendering their assistance in terms of intellectual property registration," she said.
Cerdik BM also saw the involvement of fellow lecturers from the School of Languages, Civilization and Philosophy (SLCP), Assoc. Prof. Dato' Dr. Nuraini Yusoff as well as two Remedial teachers, Mr. Mohd Zaini Ishak from Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lima, Sik and Mdm. Nordiana Mohd Ali from SK Suka Menanti, Alor Setar.
Meanwhile, the innovative product called Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator also saw the involvement of Dr. Sarimah Shaik Abdullah, Ms. Siti Jaizah Nakman and Ms. Nur Yazida Sabarudin, while English Does not Hurt also saw the involvement of Mr. Muhammad Mukhlis Ridzuan, Ms. Nurul Balqis Ridzuan, Ms. Siti Jaizah Nakman, Ms. Nur Yazida Sabarudin and Ms. Najwa Mohamad Zaki.
Cerdik BM which received an external grant from the Ministry of Education Malaysia and the Institute of Language and Literature (DBP) is an application developed to help pupils enhance their reading and writing skills in Bahasa Melayu (BM) specifically by using Flash software with a combination of five multimedia elements namely text, graphics, animations, audio and video. The product is specially designed for students who are unable to master the LINUS constructs - LI (Literacy), NU (Numeration) and S (Screening).
According to Dr. Nurulwahida, the application was built with much attention given to developing ways to attract students to learn, as well as to motivating and building the pupils’ confidence in order to help them master the reading and writing skills by creating a fun learning space.
The Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator, a product which was funded by Fundamental Research Grant (FRGS) aims to help improve the thinking skills and problem solving skills of the industry. Meanwhile, English Does not Hurt was developed through the Knowledge Transfer Programme (KTP) grant utilized the Adobe Flash Cs6 to improve English proficiency among primary school children.
IPITEX 2019 was officially launched by the Deputy Prime Minister of Thailand, ACM Prajin Juntong, lasted from 2 to 6 February, saw participation from several countries such as Canada, India, China, Iran, Indonesia, Romania, Poland, Vietnam, Philippines, Japan, Korea South, Croatia, Taiwan and Malaysia, apart from Thailand.
__________________________________________________________________________________________
PENYELIDIK UUM CEMERLANG DI IPITEX 2019
UUM ONLINE:Kejayaan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak di Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition 2019 (IPITEX2019) bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa, malah meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia.
Pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML), Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz berjaya memperoleh dua emas menerusi produk inovasi iaitu Cerdik BM Siri 1 dan Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator, manakala English Doesn't Hurt merangkul pingat perak.
Dr. Nurulwahida berkata, lebih membanggakan lagi apabila Cerdik BM dan English Doesn’t Hurt masing-masing mendapat Anugerah Khas daripada INNOPO Indonesia, manakala Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator menerima anugerah sama daripada Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills, Kanada.
Menurutnya, beliau tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana produk dibawanya itu perlu bersaing dengan lebih 1000 inovasi penyelidikan yang dipertandingkan membabitkan 25 buah negara seluruh dunia.
"Alhamdulillah apabila tiga produk penyelidikan yang saya dan kumpulan bawa dari UUM ini telah mendapat perhatian beberapa negara apabila dianugerahi Anugerah Khas daripada Kanada dan Indonesia.
“Diharapkan kemenangan ini akan menjadi platform dan pemangkin untuk mencipta lebih banyak kejayaan lagi di pertandingan tempatan dan antarabangsa seperti PECIPTA dan ITEX dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Penyelidikan Pengurusan dan Inovasi (RIMC) dan juga Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) yang banyak membantu dari aspek pendaftaran harta intelek," katanya.
Cerdik BM turut melibatkan pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof. Madya Dato' Dr. Nuraini Yusoff bersama dua guru Pemulihan Khas, Mohd Zaini Ishak dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lima, Sik dan Nordiana Mohd Ali dari SK Suka Menanti, Alor Setar.
Sementara inovasi Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator turut disertai Dr. Sarimah Shaik Abdullah, Siti Jaizah Nakman dan Nur Yazida Sabarudin, manakala English Doesn't Hurt disertai Muhammad Mukhlis Ridzuan, Nurul Balqis Ridzuan, Siti Jaizah Nakman, Nur Yazida Sabarudin dan Najwa Mohamad Zaki.
Cerdik BM yang mendapat geran luar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka itu merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi membantu murid membina kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu (BM) khususnya yang menggunakan perisian Flash dengan gabungan lima elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video itu dibentuk khas untuk murid yang tidak menguasai konstruk LINUS, akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening).
Menurut Dr. Nurulwahida, aplikasi tersebut dibina dengan memberi perhatian bagaimana cara untuk menarik minat mereka untuk belajar, seterusnya memberi motivasi serta keyakinan untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mewujudkan juga ruang belajar yang menyeronokkan.
Smart Thinking & Industrial Problem Solving Stimulator yang mendapat geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) pula adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah industri, manakala English Doesn't Hurt yang dibangunkan hasil geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) telah menggunakan Adobe Flash Cs6 bagi meningkatkan kecekapan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah.
IPITEX 2019 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, ACM Prajin Juntong telah berlangsung selama empat hari mulai 2 hingga 6 Februari lalu dengan penyertaan beberapa negara seperti Kanada, India, China, Iran, Indonesia, Romania, Poland, Vietnam, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Croatia, Taiwan dan Malaysia, selain Thailand.
Sumber berita : UKK UUM