UUM ONLINE: The Menteri Besar of Kedah Darul Aman, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir officiated the 1 School 1 District (1S1D) Programme and Presentation of UUM Scholarship to Outstanding Students Ceremony at EDC Hotels & Resorts recently.
Dato' Seri Mukhriz said the idea that UUM initiated was very much in line with the market demand as a university surrounded by a large underprivileged community. Hence, as part of its responsibility, the university found the need to share its expertise in the interests of the community.
"On behalf of the Kedah state government, I would like to extend my heartfelt gratitude to UUM for initiating this idea. The Kedah state government also aspires to develop the state of Kedah by 2035 and in the meantime, we hope to further propel state of Kedah's position to one that is comparable with other states.
According to Dato' Seri Mukhriz , he also wondered about the country having to deal with technological advancements, the Fourth Industrial Revolution (IR4.0), block-chain and Artificial Intelligence (AI)and what the future holds for graduates especially with regard to the impact of technology on job opportunities. As such he called on the students to prepare themselves to face the imminent possibilities.
1S1D is the brainchild of UUM Vice-Chancellor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani whereby the programme will assist every district with the preparation of a complete databank using block-chain to develop the people of Kedah.
The selected areas included Kota Setar, Kulim, Kubang Pasu, Baling, Sik, Yan, Bandar Baru, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Langkawi and Kuala Muda.
Meanwhile, according to the Vice-Chancellor, the various areas of expertise at UUM could be contributed to each district depending on the suitability of location of the community.
"This is where the strength of 1S1D can be found, where areas of expertise are managed in an organised manner with the involvement of all Schools in UUM.
He said the project would be monitored periodically and reports of its activities and effectiveness would be reported to the University and the State Government.
According to him, the cooperation between the State Government and the School was implemented through brainstorming session, for example the Institute of Tun Dr Mahathir’s Thoughts (IPDM) had organised talks to provide input to the members of the State Executive Council on a regular basis.
"I feel that through the 1S1D Programme, community engagements between UUM and the State Government will be made more organised and efficient," he added.
The Vice-Chancellor also extended his heartfelt appreciate gratitude to the Chief Minister and those involved for their tremendous support in making this programme a success.
At the same event, scholarships were also presented to outstanding students who achieved the CGPA of 4.0 in the Malaysian Higher School Certificate (STPM) examination to further their studies at UUM.
_______________________________________________________
1PP1D UUM KONGSI KEPAKARAN DEMI MANFAAT MASYARAKAT
UUM ONLINE: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir telah merasmikan Program 1 Pusat Pengajian 1 Daerah (1PP1D) dan Penyampaian Biasiswa UUM Kepada Pelajar Cemerlang di EDC Hotels & Resorts, semalam.
Dato’Seri Mukhriz berkata, idea yang dicetuskan UUM ini sangat menepati kehendak pasaran kerana sebagai universiti yang dikelilingi masyarakat yang agak daif, universiti terpanggil untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki demi manfaat masyarakat.
“Saya bagi pihak kerajaan negeri Kedah mengucapkan setinggi penghargaan kepada UUM di atas inisiatif ini. Kerajaan negeri Kedah juga berhasrat membangunkan negeri Kedah menjelang 2035 dan dalam tempoh itu, kita berharap dapat melonjakkan kedudukan Kedah supaya setanding dengan negeri lain.
“Ini satu cabaran besar yang perlu usaha gigih untuk melonjakkan negeri Kedah ke tahap yang diharapkan dengan strategi yang tersusun,” katanya.
Beliau berkata, UUM banyak membantu kerajaan negeri Kedah untuk memahami keadaan sebenar dalam konteks persekitaran negeri dalam negara dan negeri dalam arena global.
Menurutnya, beliau tertanya-tanya dalam keadaan negara terpaksa berhadapan dengan perkembangan teknologi, Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), blockchain dan Artificial Intelligence (AI), bagaimana masa depan graduan terutamanya kesan teknologi terhadap peluang pekerjaan, justeru beliau mahu pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Jadi pastikan graduan yang dikeluarkan ini menepati pasaran pada waktu itu dan terlibat dalam sektor inovasi yang akan membangunkan masyarakat,” katanya.
1PP1D merupakan cetusan idea Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang mana program tersebut akan membantu setiap daerah dalam databank yang lengkap menggunakan blockchain untuk membangunkan masyarakat di negeri Kedah.
Antara daerah terlibat membabitkan Kota Setar, Kulim , Kubang Pasu, Baling, Sik, Yan, Bandar Baharu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Langkawi dan Kuala Muda.
Sementara itu, Naib Canselor berkata, pelbagai bidang kepakaran yang ada di UUM boleh disumbangkan di setiap daerah mengikut kesesuaian lokasi komuniti berkenaan.
“Di sinilah terletaknya keistimewaan 1PP1D yang dikendalikan secara terancang dengan melibatkan semua pusat pengajian di UUM.
“Setiap dekan akan mengemukakan perancangan aktiviti dan projek jangka panjang untuk daerah yang dipertanggunjawabkan kepada pusat pengajian,” katanya.
Beliau berkata, projek tersebut akan dipantau secara berkala dan laporan aktiviti serta keberkesanannya akan dilaporkan kepada universiti dan Kerajaan Negeri.
Menurutnya, langkah kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan pusat pengajian telah dilaksanakan melalui percambahan fikiran, misalnya IPDM yang telah menganjurkan wacana untuk memberikan input kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan secara berkala.
“Pusat pengajian dan pensyarah juga turut memberikan sumbangan mereka secara individu kepada organisasi yang berkaitan dengan kepakaran mereka.
“Saya merasakan melalui Program 1PP1D ini akan menjadikan ‘community engagement’ antara UUM dengan Kerajaan Negeri dibuat secara yang lebih tersusun dan efisien,” tambahnya.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar atas sokongan padu yang diberikan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Pada majlis sama, UUM berbesar hati memberikan anugerah biasiswa kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan CGPA 4.0 dalam peperiksaan STPM untuk melanjutkan pengajian di UUM dan berharap pelajar berkenaan akan memperoleh kecemerlangan semasa melanjutkan pengajian di UUM.
Sumber berita : UKK UUM