UUM ONLINE: Pandemik Covid-19 telah mengubah lanskap kehidupan manusia pada hari ini tidak berkecuali di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkesan dalam kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bertukar kepada secara atas talian (online).
Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah mengambil peluang untuk menyahut saranan kerajaan dengan menganjurkan program RIMC UUM Publication Talk secara atas talian melalui aplikasi Webex yang bertajuk ‘Reduce Rejections: Writing for High Impact Publications in Social Sciences’ yang disampaikan oleh Dr. Amrita Kaur dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML).
Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, tujuan program tersebut adalah untuk memberi perkongsian ilmu ke arah membudayakan penulisan artikel jurnal berimpak tinggi dalam kalangan penyelidik terutamanya dalam bidang sains sosial.
Dr. Amrita telah berkongsi tentang tips menggalakkan artikel diterima dalam penerbitan berimpak tinggi iaitu dengan memilih jurnal dari peringkat awal, memahami keperluan dan skop jurnal serta kekerapan penerbitan dan juga mengenalpasti capaian geografi jurnal yang dipilih.
Program itu telah mendapat sambutan dan penyertaan menggalakkan bukan sahaja di dalam negara, malah luar negara yang berharap sesi perkongsian itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang sebagai sumber saranan dan inspirasi kepada para penulis untuk terus menulis di jurnal berimpak tinggi.
Perkongsian Dr. Amrita yang sangat berinformatif itu mendapat pujian daripada peserta yang menyertai program secara atas talian, antaranya Shereeza Mohamed Saniff dari USM meninggalkan komen “Dr Amrita Kaur, thank you for sharing your excellent publication ethos. Strategically fantastic” dan “Well done from Otago, New Zealand” daripada Thaera Yousef.
Turut berkongsi, Prof. Dr. Rosna Awang Hashim dari SEML yang menulis, “To be able to write convincingly, we also need to read quality journals. We role model after good writers.”
Selain itu, Dr. Minah Harun dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) juga berkongsi, “Very good input, Dr. Amrita, the alignment makes sense. All sections in the paper must make sense, in particular, the concluding paragraph which should have implications, that is, what the paper offers. This is often taken for granted. I believe the reviewers will read this first apart from the abstract and introductory paragraph.”
Program ini telah disertai lebih kurang 300 peserta dari universiti di seluruh negara dan luar negara, antaranya University of Otago (New Zealand), Krisnadwipayana University (Indonesia), Middle Technical University (Iraq), Tasmania School of Business and Economics dan University of Tasmania (Australia) serta The Islamia University of Bahawalpur (Pakistan).
Rakaman program serta slaid boleh didapati di laman web RIMC dengan melayari www.rimc.uum.edu.my