UUM ONLINE: In addition to publications and research, researchers at the University are encouraged to further boost the field of commercialization in efforts to expand its wings in their chosen field.
In a bid to delve deeper into the issue, the Innovation and Commercialization Committee, School of Technology Management and Logistics (STML) hosted a Webinar on Commercialization of University R&D Activities through the Webex teleconferencing via the STML Facebook.
The discussion organised in collaboration with Food Security And Innovation Development Research (FInDER), was attended by three panels namely the Vice-Chancellor of SUMAIT University, Zanzibar, Tanzania, Prof. Dr. Amran Rasli; Director of Innovation and Commercialization Centre, UUM, Prof. Dr. Razamin Ramli and fellow Researcher from the Faculty of Agricultural Industry, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Assoc. Prof. Dr. Seri Intan Mokhtar.
Director of FInDER, Dr. Risyawati Mohamed Ismail who was the moderator of the programme said that the main objective of the programme was to expose academics and the public to the universities' innovation and commercialization activities.
“Through this webinar, we learn about the challenges that researchers face in commercializing their research, moreover it helps to identify the things that must be done and avoided throughout the commercialization process.
"In addition, we can also delve deeper into the challenges and experiences of a successful university researchers while enhance close collaboration between universities, industry players and the public," she said.
Meanwhile, Dr. Seri Intan said commercialization was a long journey that could make individuals emerge as entrepreneurs who achieve success and recognition in the end.
She said working at the Jeli Campus, UMK led her to address the problem of surplus of produce which ultimately helped her develop a health food called the Rambutan Vinegar, MOTAN.
“We know the Malaysian market is not familiar with fruit vinegar, so I learned a lot from customers by getting their feedback, studied about food technology, obtained grants, collaborate with some partners in order to produce the product. Do not put everything in one basket and do not be afraid to fail.
“I have a lot of knowledge and experiences in dealing with industry and investors. That helped me sharpen my negotiation skills. Similarly, researchers may in the long run be good in negotiating but they lack cost analysis of product.
She also added that to expand a business one must establish good relationships with the media, according to her the media will listen to what researchers, experts and scientists say.
For more inputs, please visit https://www.facebook.com/stmluum/
_____________________________________________________________________________
SEMARAKKAN AKTIVITI INOVASI DAN PENGKOMERSILAN UNIVERSITI
UUM ONLINE: Selain bidang penerbitan dan penyelidikan, penyelidik universiti ini disarankan untuk merancakkan bidang pengkomersilan yang turut memberi impak dalam usaha melebarkan sayap dalam bidang yang diceburi.
Bagi mengupas isu tersebut secara lebih mendalam, Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersilan, Pusat Pengajaran Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah mengadakan Webinar On Commercialisation Of University R&D Activities melalui telesidang Webex yang disiarkan di Facebook STML, baru-baru ini.
Perbincangan yang diadakan dengan kerjasama Food Security And Innovation Development Research (FInDER) itu disertai tiga panel iaitu Naib Canselor SUMAIT University, Zanzibar, Tanzania, Prof. Dr. Amran Rasli; Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM, Prof. Dr. Razamin Ramli dan penyelidik Fakulti Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar.
Pengarah FInDER, Dr. Risyawati Mohamed Ismail selaku moderator program berkata, objektif utama program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli akademik dan masyarakat berkenaan aktiviti inovasi dan pengkomersilan universiti.
“Melalui webinar ini, kita dapat mengetahui cabaran yang dihadapi oleh penyelidik untuk mengkomersilisasikan kajian mereka, di samping dapat mengenalpasti perkara yang perlu dan dielakkan sepanjang proses pengkomersialan penyelidikan.
“Selain itu, kita dapat mempelajari secara mendalam tentang cabaran dan pengalaman seorang penyelidik universiti yang menjadi pencipta yang berjaya serta meningkatkan jaringan kerjasama yang erat antara pihak universiti, pemain industri dan masyarakat awam,” katanya.
Sementara itu, Dr. Seri Intan berkata, pengkomersilan merupakan satu perjalanan yang panjang sekali gus muncul sebagai usahawan yang meraih pelbagai kejayaan dan pengiktirafan.
Menurutnya, segalanya bermula ketika beliau menjadi Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) di UPM, seterusnya bertugas di UMK Kampus Jeli yang merupakan sebuah kampus hijau yang mempunyai banyak pokok rambutan.
Katanya, bagi mengatasi masalah lambakan buah rambutan, industri berasaskan pertanian sesuai dibangunkan sehingga terhasil makanan kesihatan yang dinamakan Rambutan Vinegar, MOTAN.
“Kita sedar Malaysia tidak banyak ‘fruit vinegar,’ jadi saya banyak belajar daripada pelanggan dengan mendapatkan respon, teknologi, geran, kerjasama dengan beberapa rakan kongsi, ‘don’t put everything in one basket’ dan jangan takut untuk gagal.
“Saya dapat banyak ilmu, berurusan dengan industri dan pelabur. Dari situ sedikit sebanyak mengasah kemahiran perundingan yang sangat penting. Begitu juga penyelidik yang perlu ada kemahiran perundingan namun kekurangan penyelidik ialah tiada ‘cost analisis of product’.
“Apabila melangkah masuk ke industri, mereka tahu kepakaran kita tetapi harus diingatkan bahawa industri juga mahu tahu adakah produk itu boleh memberi keuntungan kepada mereka,” katanya.
Tambahnya, dalam mengembangkan perniagaan tidak memerlukan rupa paras yang cantik untuk menjual produk tetapi apabila dapat membina hubungan baik dengan media, mereka akan dengar apa yang ingin diperkatakan oleh penyelidik, pakar dan saintis terlibat.
Banyak input yang boleh dipelajari dengan melayari https://www.facebook.com/stmluum/
Sumber berita : UUM Corp Comm