UUM ONLINE: Penyelidik dan Pakar dalam Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Amrita Kaur, telah terpilih menerima Fellowship of the International Society for the Scholarship of Teaching and Learning (ISSOTL).
Beliau yang juga Pensyarah Kanan (Pelawat) di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden antara sembilan penerima fellowship ISSOTL bagi tahun 2020 dengan yang lain berasal dari institusi berprestij di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Ireland, dan Australia.
ISSOTL adalah badan antarabangsa yang mengiktiraf pengamal dan pemimpin SoTL yang menunjukkan semangat belajar dan mengajar dan telah memberikan sumbangan teladan dalam mempraktikkan dan mempromosikan penyelidikan dalam pengajaran dalam pembelajaran di peringkat universiti, nasional, serantau atau antarabangsa.
Dr Amrita mempunyai rekod penglibatan, kepemimpinan, dan impak SoTL yang berterusan dalam bidang SoTL.
Rekodnya dinilai oleh panel dari sembilan kesarjanaan dari seluruh dunia yang menganggapnya selaras dengan nilai-nilai SoTL yang terdiri daripada penglibatan masyarakat dan kewarganegaraan global dan kolaborasi sebagai proses asas dalam membangunkan keupayaan baru cara berfikir, melaksana, serta pendekatan pembelajaran yang holistik, bermakna, dan bersungguh-sungguh untuk pendidikan tinggi.
Pengiktirafan ISSOTL adalah bukti bahawa UUM memperjuangkan inisiatif pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja di peringkat universiti dan nasional tetapi juga mempunyai jejak antarabangsa di samping menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi di UUM.
Menurut Dr Amrita, pengiktirafan ini didedikasikan kepada Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) yang sentiasa menyokong penyelidikan SoTL di UUM dengan cara yang sangat luar biasa.
Jelasnya, usaha dan sokongan UTLC mendorong beliau dan rakan-rakan pendidik mentransformasikan amalan reflektif kepada pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi yang lebih maju.
Sumber berita : UUM Corp Comm & UTLC