UUM ONLINE: A fellow lecturer from the Universiti Utara Malaysia (UUM) Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Assoc. Prof Dr. Noor Sulastry Yurni Dato' Ahmad has been appointed as the Chairman of the Human Resource Management Committee of the Institute for Youth Research Malaysia (IYRES), Ministry of Youth and Sports.
Her appointment by IYRES is effective from 9 July 2020 until 30 September 2022.
"I am moved and deeply honoured by the confidence that Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Chairman of IYRES Board of Directors and IYRES leadership have of me in carrying out an important role in developing human resource at IYRES.
According to her, as the Chairman, she will help ensure the seamless running of the management of human resources at IYRES in particular and mobilize the denizens of IYRES in creating a more efficient and the finest governance.
IYRES was launched on 15 May 2005 by Tun Abdullah Ahmad Badawi, the 5th Prime Minister in conjunction with the National Youth Day. It was established as a statutory body that acts as a national youth development research centre.
IYRES is responsible for conducting youth development research, analysing current issues, evaluating and providing reference input to stakeholders who are keen on youth development. It also collaborates, coordinates and participates in youth development activities related to research organized by national or international organizations.
_____________________________________________________________________________________
PENSYARAH UUM DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI IYRES
UUM ONLINE: Pensyarah, Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Noor Sulastry Yurni Dato' Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan.
Pelantikan beliau oleh IYRES berkuat kuasa pada 9 Julai 2020 sehingga 30 September 2022.
“Saya amat terharu dan tidak menyangka dengan kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan kepimpinan IYRES untuk menggalas tugas penting bagi pembangunan sumber manusia IYRES.
Mengulas lanjut, peranannya adalah membantu dalam memastikan pengurusan sumber manusia di IYRES khususnya berjalan dengan lancar serta menggembleng tenaga bersama warga IYRES bagi mencorakkan urus tadbir yang lebih cekap dan terbaik.
“Saya meletakkan harapan yang tinggi dalam mencapai kerjasama dan kepercayaan sesama warga IYRES supaya dapat bersama-sama menerajui kegemilangan dan kesejahteraan IYRES bukan sahaja dalam lapangan penyelidikan tetapi pembinaan jati diri yang kuat dalam kalangan warga IYRES.
“Malah, pelantikan ini membuka ruang yang lebih luas bagi menjalin kerjasama antara IYRES dan UUM pada jangka masa yang panjang,” kongsinya.
IYRES dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 sempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan.
IYRES bertanggungjawab menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu semasa, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia selain bekerjasama, menyelaras dan menyertai aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.
Sumber berita : UUM Corp Comm & OYAGSB UUM