4 OGOS 2020 | 14 ZULHIJAH 1441H
==========================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
RIMC ONLINE :
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, PELUANG PEMBIAYAAN DARIPADA INNOVATE UK DALAM BIDANG ENERGY CATALYST
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Innovate UK telah menawarkan dana pembiayaan berbentuk pertandingan bertajuk ‘Energy Catalyst round 8: clean energy access, feasibility projects’. Pertandingan ini menawarkan sejumlah £20 juta dalam bentuk geran untuk membangunkan dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk akses tenaga bersih, murah dan selamat di Afrika sub-Sahara, Asia Selatan atau Asia Tenggara. 3. Peluang pembiayaan ini terbuka kepada pemohon dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), organisasi penyelidikan teknologi (RTO), organisasi akademik, badan amal, dan organisasi sektor awam. Walaubagaimanapun, permohonan ini harus dilakukan dengan kerjasama Ketua Projek dari UK. Maklumat lengkap mengenai permohonan seperti pautan di atas. Pertandingan ini mempunyai tiga peringkat yang dilaksana serentak, bergantung kepada tahap teknologi iaitu:
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 September 2020. 5. Untuk sebarang pertanyaan/bantuan, pemohon yang berminat boleh menghubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dan salam hormat. |
==========================================================
Unit Penyelidikan|
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi|
Universiti Utara Malaysia|
06010 Sintok| Kedah Darul Aman|Malaysia|
Tel : 604-928 4781/4763/4757 | E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.