UUM ONLINE: Selangor – UUM Vice-Chancellor, Prof Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani paid a courtesy call on the Chairman of Sime Darby Berhad, Tan Sri Samsudin Osman in Petaling Jaya, recently.
The purpose of the courtesy call was to discuss the bilateral strategic cooperation between UUM and Sime Darby Berhad, particularly involving knowledge transfer, innovation & technology transfer, sharing of expertise, intensive training, development of student soft skills, entrepreneurship and lifelong learning.
Tan Sri Samsudin said the initiation of this cooperation was seen as an important step for the university- industry relations, even more so with UUM making strides in establishing the Centre for Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) studies. In addition, UUM had also branded one of its student residential hall (INASIS), the Sime Darby INASIS.
He also suggested that collaborations could be initiated through discussions between Coordinating Officers appointed by the respective parties.
From the discussions, various forms of strategic cooperation can be pioneered and implemented which in turn will bring about benefit especially to UUM as a Public Institution of Higher Education in Malaysia.
At the same time, Tan Sri Samsudin who is the former Chief Secretary to the Government and former Chairman of the University Board of Directors (LPU) also suggested that UUM can collaborate with the Sime Darby Foundation for educational and corporate social responsibility (CSR) programmes.
Meanwhile, the Vice-Chancellor also agreed with all the proposals put forth by Tan Sri Samsudin in which UUM also identified new cooperation opportunities namely the offering of the Master of Business Administration (MBA) programme to Executives at Sime Darby Berhad. The programme will enable executives interested to do MBA to pursue their studies at UUM Campus Kuala Lumpur as well as take part in research and commercialization projects.
Apart from that, the discussion session also touched on the proposed involvement of UUM in the Agro Business or Urban Agriculture project and the offering of special vehicle ownership packages for vehicles represented by Sime Darby Motors namely BMW, Land Rover, Ford and Hyundai to UUM staff. Incidentally, Sime Darby Motor is the authorized distributor of the world's leading motoring brand.
For all the proposed cooperation, UUM through the Department of Strategic and Business Development (BSD) will act as an intermediary in managing and monitoring all proposed strategic cooperation activities of UUM and Sime Darby.
As a result of the courtesy visit, the Vice-Chancellor said, UUM will provide a proposal to Sime Darby to pioneer this new cooperation, particularly those that can directly benefit UUM.
Also present at the event was the Provost of UUM Kuala Lumpur Campus, Prof Dr Shahimi Mohtar.
____________________________________________________________________________________________
UUM DAN SIME DARBY SETUJU PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK
UUM ONLINE: Selangor - Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Sime Darby Berhad, Tan Sri Samsudin Osman di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tujuan kunjungan hormat itu diadakan adalah bagi membincangkan tentang kerjasama strategik dua hala antara UUM dan Sime Darby Berhad, khususnya melibatkan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer), pemindahan teknologi dan inovasi (innovation & technology transfer), perkongsian kepakaran, latihan intensif, pembangunan insaniah pelajar, keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).
Tan Sri Samsudin berkata, pengaktifan kerjasama ini dilihat sangat penting bagi hubungan universiti dan industri, apatah lagi UUM kini sedang mengorak langkah dalam mewujudkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM), di samping UUM juga turut telah menjenamakan salah satu INASIS dengan nama Sime Darby.
Beliau juga turut mencadangkan agar UUM dapat memulakan hubungan kerjasama ini yang mana setiap pihak dapat mencadangkan Pegawai Penyelaras yang dapat memulakan sesi perbincangan dan mencadangkan bentuk-bentuk kerjasama strategik yang dapat dirintis dan dilaksanakan serta memberi manfaat khususnya kepada pihak UUM sebagai sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.
Pada masa sama, Tan Sri Samsudin yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut mencadangkan agar UUM dapat bekerjasama dengan Yayasan Sime Darby bagi program-program pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Sementara itu, Naib Canselor turut bersetuju dengan kesemua cadangan yang telah dikemukakan oleh Tan Sri Samsudin yang mana UUM juga turut mengenal pasti peluang-peluang kerjasama baharu seperti penawaran program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) kepada Eksekutif di Sime Darby Berhad untuk mengikuti pengajian di UUM Kampus Kuala Lumpur serta projek-projek penyelidikan dan pengkomersialan.
Selain itu, sesi perbincangan tersebut turut menyentuh tentang cadangan keterlibatan UUM dalam projek Agro Business atau Urban Agriculture dan penawaran pakej-pakej khusus oleh staf UUM bagi pemilikan kenderaan jenama BMW, Land Rover, Ford dan Hyundai yang mana Sime Darby Motor merupakan pengedar sah kepada kesemua jenama permotoran terkemuka dunia ini.
Bagi kesemua cadangan kerjasama itu, UUM melalui Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) akan bertindak sebagai pengantara dalam mengurus dan memantau semua cadangan aktiviti kerjasama strategik UUM dan Sime Darby.
Hasil daripada sesi kunjungan hormat tersebut, Naib Canselor berkata, UUM akan menyediakan satu kertas kerja cadangan kepada pihak Sime Darby bagi merintis kerjasama baharu ini khususnya yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada UUM.
Turut serta, Provos UUM Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dr. Shahimi Mohtar.
Sumber berita : UUM Corp Comm