Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera, Yang Berusaha Prof./Dr./Tuan/Puan, PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2021. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut. 3. Untuk makluman Yang Berusaha Prof./Dr./Tuan/Puan, maklumat am dan syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut: a) Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation seperti di Lampiran A. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Lampiran B. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT; b) Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation dan Infectious Diseases Control; c) Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Reseach and Development (AMED); d) Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun; e) Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html f) Permohonan hendaklah dihantar melalui RIMC. Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan akan diperaku untuk penilaian seterusnya; dan g) Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPT. Sesi pembentangan permohonan dijangka dijadualkan pada 5 Oktober 2020 (Isnin) sehingga 8 Oktober 2020 (Khamis). Maklumat lanjut keperluan sesi pembentangan akan dikemukakan kemudian. 4. Bersama-sama ini disertakan Format Permohonan seperti di Lampiran A, MOHE Cost Proforma seperti di Lampiran B, Senarai Semak Penghantaran Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2021 seperti di Lampiran C, dan Masterlist Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2021 seperti di Lampiran D untuk makluman dan tindakan Yang Berusaha Prof./Dr./Tuan/Puan. 5. Semua permohonan perlu dikemukakan ke RIMC sebelum atau pada 20 September 2020 (Ahad) jam 3.00 petang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Mohammad Taufiq bin Hj Othman di talian samb. 4781 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sekian dan salam hormat. |
Articles
- admin
- berita-bckp
- Hits: 18