UUM ONLINE: Melaka - Chairman of the UUM University Board of Directors (LPU), Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar paid a courtesy call on the Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam at the Office of the Yang di-Pertua Negeri Melaka, recently.
During the visit, both parties discussed the potential for collaboration that can be explored between UUM and the Melaka State Government, particularly to further increase tourism activities in Melaka.
In addition, the Melaka State Government was ready to offer a place for UUM to set up a teaching and learning centre or training centre in accordance with the state’s area of expertise so that efforts to help develop the state can be realized.
Also present at the meeting was the Senior Principal Assistant Registrar of the Registrar's Department, Mr Mohd Zulkifli Mohd Noor.
_____________________________________________________________________________
UUM TEROKA PELUANG KERJASAMA DENGAN KERAJAAN MELAKA
UUM ONLINE: Melaka - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, kedua pihak membincangkan tentang potensi kerjasama yang boleh diterokai antara UUM dan Kerajaan Negeri Melaka khususnya bagi meningkatkan lagi aktiviti pelancongan di Melaka.
Di samping itu, Kerajaan Melaka juga bersedia untuk menawarkan tempat bagi UUM mewujudkan satu pusat pengajaran dan pembelajaran atau pusat latihan mengikut bidang kepakaran di negeri itu agar usaha untuk membantu membangunkan negeri tersebut dapat direalisasikan.
Hadir sama, Ketua Penolong Pendaftar di Jabatan Pendaftar, Mohd Zulkifli Mohd Noor.
Sumber berita : UUM Corp Comm