256 orang peserta telah dicatatkan hadir pada Bengkel Pemantapan Permohonan FRGS Fasa 1/ 2021 yang telah berlangsung secara atas talian pada 10 Februari 2021 kelmarin. Kehadiran peserta terdiri di kalangan Pengerusi Penyelidikan Pusat Pengajian, para Profesor dan Profesor Madya serta penyelidik-penyelidik UUM yang berminat memohon dana FRGS Fasa 1/2021. Pihak RIMC juga berbesar hati kerana bengkel ini turut dihadiri oleh peserta luar UUM khususnya Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
Program menjemput Prof. Dr. Nik Kamariah Nik Mat yang telah menyampaikan tips dan panduan dalam memenangi Geran FRGS. Beliau telah menekankan tentang penggunaan tajuk yang bersesuaian, menekankan isu fundamental bagi menyelesaikan persoalan “Why” dan “How” berbanding “What”. Beliau turut menyampaikan berkaitan kriteria tambahan baharu yang menjadi nilai tambah kepada proposal iaitu carian paten, penilaian risiko dan kolaborasi.
Seterusnya, bengkel diteruskan dengan penyampaian taklimat ringkas oleh Prof. Madya Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin, Timbalan Pengarah (Penyelidikan), RIMC yang menyampaikan penerangan dan penjelasan tentang Tadbir Urus Penyelidikan Dana Penyelidikan KPT 2021.
Program turut menjemput Prof. Madya Dr. Ruzinoor Che Mat, Felo di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) yang berkongsi berkaitan panduan carian paten yang menjadi salah satu output yang digalakkan bagi Geran FRGS pada tahun ini.
Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat membuka peluang kepada penyelidik bagi menghasilkan proposal yang berkualiti dan berimpak tinggi, seterusnya dapat meningkatkan jumlah kelulusan geran FRGS pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.
=======================================================
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman
Tel.: +604-928 4771 | Faks: +604-928 4756