UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah mengadakan pertemuan dengan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB), baru-baru ini.
Pertemuan antara ICC yang diwakili Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar dan pihak UMHSB adalah bagi membincangkan tentang kolaborasi antara UUM dengan anak syarikat dalam mengeksploitasi harta intelek UUM.
Perbincangan dua hala itu juga memberi peluang kepada ICC dan pihak UMHSB untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan aktiviti pengkomersialan.
Turut serta, Timbalan Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed dan Pegawai Pemindahan Teknologi (TTO), Mohd Azri Md Nadzir.
Sumber berita : UUM Corp Comm & ICC