UUM ONLINE: The Vice-Chancellor, Prof. Dato' Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani has been appointed as a member of the Industry Advisory Council of Bumiputera Education Leader Foundation (YPPB) effective 15 February 2021 for a period of three years.
The Vice-Chancellor expressed his appreciation to the Right Honourable Prime Minister for the belief entrusted upon him to uphold the agenda of empowering Bumiputera education.
He also expressed hope that the appointment would add value to YPPB in the implementation of the objectives entrusted while at the same time help identify strategic partners among industry players.
"I will assist YPPB with the experience I have had throughout my tenure at UUM and the industry before.
"I will strive to help boost the economy and empower Bumiputera professionals and Malaysians," he said.
He also reiterated that he would work to bring the relations between the university and YPPB closer besides providing the latest input on the student situation to successfully realise the Prime Minister's agenda.
YPPB is an agency under the aegis of the Prime Minister's Department that focuses on strengthening capacity building towards sustainable Bumiputera talent.
Among the objectives of YPPB are to improve the quality, quantity and effectiveness of Bumiputera talent in line with the government's efforts to drive Malaysia towards becoming a high-income nation through financing of academic programmes, vocational, professionals and specialist certifications.
________________________________________________________________________
NAIB CANSELOR DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PENASIHAT INDUSTRI YAYASAN PENERAJU
UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Industri Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) berkuat kuasa 15 Februari 2021 bagi tempoh tiga tahun.
Naib Canselor merakamkan penghargaan di atas kepercayaan diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bersama-sama Yayasan Peneraju bagi memartabatkan agenda memperkasa pendidikan Bumiputera.
Menurutnya, dengan pelantikan tersebut, beliau berharap dapat memberi nilai tambah kepada Yayasan Peneraju untuk melaksanakan objektif yang diamanahkan dan pada masa sama membantu mengenal pasti rakan strategik dalam kalangan pemain industri.
"Saya akan membantu Yayasan Peneraju ini dengan pengalaman yang dimiliki sepanjang tempoh perkhidmatan di UUM dan industri sebelum ini.
"Saya akan berusaha untuk membantu meningkatkan ekonomi dan memperkasakan profesional Bumiputera dan rakyat Malaysia," katanya.
Tambahnya lagi, beliau juga akan mendekatkan hubungan universiti dan Yayasan Peneraju, selain memberi input terkini tentang situasi pelajar bagi menjayakan agenda YAB Perdana Menteri.
Yayasan Peneraju merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memfokuskan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan.
Antara objektif Yayasan Peneraju adalah meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi program pembiayaan akademik, pensijilan vokasional, profesional dan pakar.
Sumber berita : UUM Corp Comm