UUM ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Strategik Dan Pencapaian CoE (JKCoE) Kali Pertama bagi tahun 2021 di Bilik Senat, semalam.
Dalam mesyuarat itu, antara agenda yang dibincangkan adalah tentang hala tuju dan sasaran lebih komprehensif semua Centre of Excellence (CoE) sama ada berasaskan penyelidikan (research) atau perkhidmatan (service) dan perlu selari dengan polisi pembangunan negara untuk mencapai piawaian yang ditetapkan di peringkat nasional.
Beliau berkata, walaupun masih pandemik Covid-19, semangat penyelidik tidak pernah luntur untuk menjalankan penyelidikan, penerbitan dan pengkomersialan demi membantu universiti untuk mencapai agenda universiti.
"CoE perlu mempunyai inisiatif untuk menyediakan kertas kerja penyelidikan yang signifikan dengan bidang tujuhan CoE dan menghantar permohonan bagi mendapatkan geran daripada dana awam mahupun antarabangsa.
"Jutaan terima kasih di atas komitmen yang berterusan dan berharap agar semua dapat bekerja sebagai satu pasukan. Marilah kita bersama-sama mengangkat agenda penyelidikan, penerbitan, agenda inovasi, komersialan UUM ini ke tahap tertinggi," katanya.
Semua Pengarah Centre of Excellence juga diberi taklimat tentang pentingnya CoE Universiti bergerak dan mengikut hala tuju Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HiCoE) yang memfokus kepada 5 elemen utama iaitu referral point, perkongsian sumber, bidang niche, kualiti dan kolaborasi.
Pada mesyuarat sama, Prof. Dr. Haim Hilman telah menyampaikan surat lantikan kepada 199 Felo Penyelidik, 142 Felo Bersekutu Dalaman, 38 Felo Bersekutu Luaran, 5 UCoE dan 22 SCoE.
Sumber berita : UUM Corp Comm