UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah mengadakan perbincangan dengan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) bagi mengkomersialkan produk inovasi UUM.
Pertemuan yang berlangsung di Makmal FInDER, Pusat Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) itu disertai Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar dan pihak wakil UMHSB, Ahmad Yani Kasim.
Pertemuan itu bagi membincangkan tentang strategi pengkomersialan produk inovasi daripada pasukan Prof. Madya Dr. Risyawati melalui kolaborasi dengan pihak UMHSB.
Perbincangan dua hala itu turut memberi peluang kepada Prof. Madya Dr. Risyawati, Dr. Mastora Mustafar dan pihak UMHSB untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan produk yang bakal dikomersialkan tersebut.
Sumber berita : UUM Corp Comm & ICC