UUM ONLINE: Warga Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) atau dikenali sebagai ‘The Connectors’ telah menerima kunjungan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, baru-baru ini.
Kunjungan khas itu diadakan bertujuan berkongsi amanat dan harapan beliau kepada seluruh warga CUIC, di samping mengenali fungsi dan peranan CUIC yang pelbagai secara holisitik.
Dalam amanat beliau menegaskan bahawa asas kepada satu pasukan yang hebat adalah kerjasama yang kuat dalam satu organisasi.
“Matlamat dan hala tuju juga perlu jelas atau crystal clear kerana ini memainkan peranan utama dalam memimpin sebuah pasukan.
“Segala tindakan perlu di visualize terlebih dahulu, baru dapat di actualize supaya pelaksanaan selanjutnya teratur dan lancar,” katanya.
Beliau turut berpesan, bahawa penghargaan kepada staf amat penting dan sentiasa beri peluang staf meningkatkan pengetahuan mereka melalui kursus-kursus luar anjuran Jabatan Pendaftar UUM.
Beliau percaya bahawa dengan sokongan dan dorongan dari kepimpinan CUIC akan dapat menaikkan imej jabatan melalui perkongsian program jaringan komuniti dan industri seperti Universiti for Society (U4S), Majlis Penasihatan Universiti-Industri, program CEO@Faculty serta program utama yang lain.
Menurutnya, CUIC dilihat sebagai elemen penting selain melaksanakan amanah menyelaras hal ehwal penempatan dan penyeliaan praktikum pelajar yang berjumlah lebih 4000 orang pelajar setahun.
Selesai sesi amanat tersebut, Prof. Dr. Haim Hilman turut mengadakan lawatan ringkas ke setiap Bahagian di CUIC meliputi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Hal Ehwal Praktikum, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Jaringan Industri dan Bahagian Kerjasama Inovatif-Industri.
Lawatan ringkas itu merupakan satu tanggungjawab dan langkah proaktif beliau dalam mengenalpasti keperluan staf dalam mengamalkan sikap terbuka beliau sejak dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Januari lalu.
Hadir sama, Pengarah CUIC, Dr. Shahrina Othman; Timbalan Pengarah (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Madya Dr. Faizatul Akmar Abdul Nifa dan barisan kepimpinan pentadbiran serta seluruh warga CUIC.
Sumber berita : UUM Corp Comm & CUIC