UUM ONLINE: The Malaysian Scholarly Publication Council (MAPIM) must play a role in boosting the national and international scholarly publication agenda.
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) who is performing the duties of Vice-Chancellor, stated that all university publishers under the aegis of MAPIM should take a more inclusive approach with the community.
"The purpose of university publishers is no longer solely to exist within the university, but also to contribute to an organisation that may continue the legacy of disseminating information to the wider public," he explained.
Universiti Utara Malaysia's UUM Press has been named Chairman of the MAPIM Implementation Committee for the fiscal year 2021-2023.
Prof. Dr. Haim Hilman has also been appointed as Chairman of the MAPIM 2021-2023 Committee, while Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, Director of UUM Press, has been appointed as Secretary of the MAPIM 2021-2023 Committee.
Several goals and strategies for empowering MAPIM were addressed during the Implementation Committee Meeting, which was virtually held on 30 September and was attended by other MAPIM members.
________________________________________________________________
MAPIM PERLU MERAKYATKAN PENERBITAN
UUM ONLINE: Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) perlu memainkan peranan dalam mengangkat agenda penerbitan ilmiah pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, semua penerbit universiti yang bernaung di bawah MAPIM harus mengambil pendekatan untuk lebih inklusif dengan masyarakat.
“Peranan penerbit universiti tidak lagi hanya berlegar di universiti malahan menjadi sebahagian daripada organisasi yang dapat menyuburkan tradisi penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat umum,” katanya.
Universiti Utara Malaysia melalui UUM Press telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana MAPIM bagi tahun 2021-2023.
Prof. Dr. Haim Hilman juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa MAPIM 2021-2023, manakala Pengarah UUM Press, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa MAPIM 2021-2023.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana yang diadakan secara maya pada 30 September lalu yang disertai oleh ahli MAPIM yang lain, beberapa perancangan dan strategi ke arah memperkasa MAPIM turut dibincangkan.
Sumber berita : UUM Corp Comm
4 Oktober 2021