UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) will channel MYR50,000 in corporate zakat contributions made by Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) to the UUM Student Welfare Fund.
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) who is performing the duties of Vice-Chancellor, stated that UUM has been selected as the recipient of BIMB corporate zakat since 2018. UUM has received a total of MYR220,000 so far.
According to him, UUM would make full use of the corporate zakat donated to assist students in need, particularly those in the B40 group enrolled at this university.
"With up to 70% of students at UUM belonging to the B40 group, the zakat contribution may indirectly assist them in continuing their studies adequately.
"I appreciate BIMB's concern for the welfare and the needs of students here; additionally, the students who will benefit from this zakat are individuals with potential and a bright future," he stated yesterday during the Presentation of BIMB Corporate Zakat to UUM Ceremony at the Visitor’s Lounge recently.
UUM received a corporate zakat contribution of MYR50,000 from BIMB, which was presented to UUM by Mr. Mohd Fadzil Ajmain, Head of BIMB Northern Region.
Prof. Dr. Haim Hilman also highlighted his aspiration to establish a BIMB Chair at UUM in order to advance the study of Islamic banking.
According to him, UUM, with its large number of academics and lecturers in the field of Islamic banking, could immensely contribute to elevating BIMB's profile through the establishment of the BIMB-UUM Chair.
Apart from that, he expressed gratitude to BIMB for sponsoring the BIMB Gold Medal for IBS graduates who demonstrated excellence at the conclusion of their studies last year, while recommending that BIMB designate the Islamic Business School (IBS) as its adopted school, ensuring the success of the mentor-mentee programme for the purpose of staff development and collaboration between the two parties.
He expressed hope at the conclusion of the meeting that the strategic cooperation between UUM and BIMB would continue to grow and would benefit not just BIMB but also this university. He also expressed optimism for future cooperative projects.
Meanwhile, Mohd Fadzil stated that BIMB earmarked a total of RM11.8 million in corporate zakat for the year 2020 to be distributed to the appropriate parties around the country, including higher education institutions and the State Islamic Religious Council.
"In addition to funding the BIMB Gold Medal Award to three students valued MYR6,000, BIMB has given MYR50,000 in corporate zakat to UUM.
“I would also like to express my gratitude to UUM for its unwavering support and collaboration with BIMB, and even hope that these two institutions fight for Islam can continue to advance the good agenda in the future," he added, applauding UUM's intention to establish a BIMB Chair, the idea of designating the IBS as its adopted school, as well as the setting up of the mentor-mentee programme as worthwhile and exciting initiatives for BIMB to pursue.
__________________________________________________________________
UUM TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BIMB RM50,000
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyalurkan peruntukan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 ke Tabung Kebajikan Pelajar UUM yang disumbangkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, sejak 2018 BIMB telah memilih UUM sebagai penerima zakat perniagaan yang mana sehingga kini UUM telah terima berjumlah RM220,000.
Menurutnya, UUM akan memanfaatkan sepenuhnya zakat perniagaan yang diberikan itu bagi membantu meringankan bebanan pelajar yang memerlukan termasuk dari golongan B40 di universiti ini.
"Sebanyak 70 peratus pelajar di UUM merupakan dari golongan B40, justeru sumbangan zakat yang diterima ini secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk meneruskan pengajian dengan sempurna.
“Terima kasih di atas keprihatinan BIMB ke atas kebajikan dan keperluan pelajar di sini, tambahan pula pelajar yang akan mendapat manfaat daripada zakat ini adalah mereka yang berpotensi dan mempunyai masa depan cerah,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan BIMB Kepada UUM di Balai Tamu, semalam.
UUM menerima sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 yang disumbangkan BIMB menerusi Ketua Wilayah Utara BIMB, Mohd Fadzil Ajmain kepada UUM.
Pada majlis sama, Prof. Dr. Haim Hilman turut menyatakan hasrat penubuhan Kursi BIMB di UUM demi melonjakkan bidang perbankan Islam ke persada lebih tinggi.
Menurutnya, UUM memiliki ramai profesor dan pensyarah yang boleh membantu mengangkat martabat BIMB ke tahap lebih tinggi lagi dengan tertubuhnya Kursi BIMB-UUM itu.
Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada BIMB di atas tajaan Anugerah Emas BIMB (BIMB Gold Medal) kepada graduan IBS yang menunjukkan kecemerlangan di akhir pengajian masing-masing pada tahun lalu, di samping mencadangkan agar Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dijadikan Pusat Pengajian Angkat BIMB dan menjayakan program mentor bagi tujuan pembangunan staf dan kolaborasi antara kedua pihak.
Di akhir pertemuan, beliau berharap hubungan rakan strategik antara UUM dan BIMB akan terus berkembang dan akan memberikan faedah yang besar bukan sahaja kepada BIMB malah kepada universiti ini serta lebih banyak lagi usahasama akan diusahakan pada masa hadapan.
Sementara itu, Mohd Fadzil berkata, sebanyak RM11.8 juta zakat perniagaan diperuntukkan BIMB bagi tahun 2020 untuk diagihkan kepada pihak sepatutnya di seluruh negara termasuk IPT dan Majlis Agama Islam Negeri.
“Di UUM sahaja, BIMB memperuntukkan sebanyak RM50,000 zakat perniagaan, selain tajaan Anugerah ‘BIMB Gold Medal’ kepada tiga pelajar yang bernilai RM6,000.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada UUM kerana tanpa henti memberikan sokongan dan kerjasama baik kepada BIMB, malah berharap kedua institusi yang memperjuangkan Islam ini juga dapat meneruskan agenda yang baik pada masa hadapan,” katanya yang menyambut baik hasrat UUM untuk menubuhkan Kursi BIMB termasuk cadangan Pusat Pengajian Angkat dan sistem mentor yang dilihat sebagai satu inisiatif yang baik dan menarik untuk dilaksanakan BIMB.
Sumber berita : UUM Corp Comm
12 Oktober 2021