UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Prof. Dr Haim Hilman Abdullah, the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) who is performing the duties of Vice-Chancellor, has expressed his desire to the Minister of Rural Development, Dato' Seri Mahdzir Khalid, to assist the Ministry of Rural Development (KPLB) in developing rural areas by leveraging the expertise of Universiti Utara Malaysia (UUM).
At the meeting, Prof. Dr Haim Hilman expressed UUM's readiness to collaborate strategically with KPLB on rural community economic development and education initiatives.
In addition, UUM will play a role in the development of Kedah's tourism sector agenda, particularly for rural areas such as Tanjung Dawai in Kuala Muda, as well as assisting in the development agenda of Kedah's new economic zone.
He also stated that UUM is willing to assist KPLB in establishing a Centre of Excellence (CoE) in terms of research and programmes in order to accelerate development in rural areas in particular.
Dato' Seri Mahdzir has also expressed confidence in UUM's ability to conduct research on how to interpret the term "rural" after Malaysia gained independence 60 years ago.
During the meeting, he requested that UUM prepare a proposal paper for the formation of a steering committee, with UUM serving as the committee's secretariat.
Dato' Seri Mahdzir also proposed that UUM implement new mapping for the purpose of developing the state of Kedah based on districts such as Yan (gas and oil industry), Gurun (automotive industry), Kulim (high technology), Bukit Kayu Hitam - Special Border Economic Zone, and Padang Terap (rubber industry).
He expressed hope that the strategic partnership between KPLB and UUM would facilitate rural community development on a variety of aspects.
_________________________________________________________________________________________________________________
UUM SEDIA KEPAKARAN BANGUNKAN KAWASAN LUAR BANDAR
UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah menyatakan hasrat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid untuk membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membangunkan kawasan luar bandar menggunakan kepakaran yang dimiliki Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pada pertemuan itu, Prof. Dr. Haim Hilman telah menyatakan kesediaan UUM untuk menjadi rakan strategik kepada KPLB dalam agenda pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar.
Di samping itu, UUM akan memainkan peranan dalam agenda pembangunan sektor pelancongan Kedah khususnya destinasi di kawasan luar bandar seperti membangunkan Tanjung Dawai di Kuala Muda, selain membantu dalam agenda pembangunan zon ekonomi baharu Kedah.
Tambah beliau lagi, UUM juga bersedia untuk membantu KPLB untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan (CoE) dalam aspek penyelidikan dan program demi kerancakan pembangunan di kawasan luar bandar khususnya.
Dato' Seri Mahdzir juga telah melahirkan keyakinan di atas kepakaran UUM untuk melaksanakan penyelidikan berkaitan tafsiran luar bandar selepas Malaysia mencapai kemerdekaan 60 tahun.
Beliau telah meminta agar UUM menyediakan satu kertas cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa pemandu (steering committee) yang mana UUM akan menjadi sekretariat jawatankuasa tersebut.
Selain itu, Dato’ Seri Mahdzir menyarankan agar UUM melaksanakan pemetaan baharu bagi tujuan pembangunan di negeri Kedah mengikut daerah seperti Yan (industri gas dan minyak), Gurun (industri automotif), Kulim (teknologi tinggi), Bukit Kayu Hitam - Special Border Economic Zone dan Padang Terap (industri getah).
Beliau berharap dengan kerjasama strategik antara KPLB dan UUM akan dapat memajukan masyarakat di luar bandar dalam pelbagai aspek.
Sumber berita : UUM Corp Comm