UUM ONLINE: Kuala Lumpur - As housing-related issues continue to occupy the public's attention, Universiti Utara Malaysia (UUM) is prepared to serve as the ‘back office’ for the Ministry of Housing and Local Government (KPKT) through its centre of excellence, which can be established at the University.
The intention was expressed during a courtesy visit made by the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Prof. Dr Haim Hilman Abdullah who is performing the duties of Vice-Chancellor, to the Minister of Housing and Local Government, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, yesterday.
According to Prof. Dr Haim Hilman, the 'back office' that takes the form of a centre of excellence aims to assist KPKT in conducting research to strengthen the direction of the habitability rate with a sustainable ecosystem, particularly during endemic situations affecting multiple parties.
According to him, housing-related issues such as rising house prices necessitate a comprehensive study that focuses on sustainable ecosystems related to housing provision, ability to own, and affordability of owning a home at a young age.
"As a result, UUM is prepared to conduct a model study that will make it easier for young people to own a house that is suitable for living in, ensuring that they have a high quality of life," he explained.
At the same time, Prof. Dr. Haim Hilman discussed solid waste management services at UUM, with a particular emphasis on how solid waste can be managed more efficiently, economically, and sustainably at UUM through collaboration with the National Solid Waste Management Department (JPSPN).
______________________________________________________________________________________________________
UUM TAWAR JADI 'BACK OFFICE' SELESAIKAN MASALAH PERUMAHAN NEGARA
UUM ONLINE: Kuala Lumpur – Memandangkan isu berkaitan perumahan sentiasa mendapat perhatian masyarakat, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menjadi ‘back office’ kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui pusat kecemerlangan yang boleh diadakan di universiti ini.
Hasrat tersebut dinyatakan dalam kunjungan hormat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, semalam.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, ‘back office’ dalam bentuk pusat kecemerlangan itu bertujuan membantu KPKT melaksanakan penyelidikan bagi memperkasakan hala tuju kadar daya huni yang mempunyai ekosistem lestari khususnya dalam situasi endemik yang menjejaskan banyak pihak.
Menurutnya, masalah berkaitan perumahan seperti harga rumah yang semakin meningkat memerlukan kajian yang menyeluruh khususnya melibatkan ekosistem lestari berkaitan penyediaan perumahan, pemilihan keupayaan untuk memiliki dan mampu memiliki rumah pada usia muda.
“Justeru, UUM bersedia untuk membuat kajian model yang akan memudahkan golongan muda untuk memiliki rumah dan sesuai untuk didiami agar mereka mendapat tahap kualiti hidup yang baik,” katanya.
Pada masa sama, Prof. Dr. Haim Hilman membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di UUM yang menjurus kepada kaedah bagaimana sisa pepejal di UUM dapat diurus dengan lebih cekap, jimat dan mapan menerusi kerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
Sumber berita : UUM Corp Comm