UUM ONLINE: Kuala Muda - Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah who is performing the duties of Vice-Chancellor, paid a working visit to Tanjung Dawai yesterday to inspect the infrastructure located at the tourist attraction area in an effort to revitalise the economic sector there.
The visit was then followed by a courtesy call on Dato' Seri Mahdzir Khalid, Minister of Rural Development, to assist the Ministry of Rural Development (KPLB) in the agenda of economic development and education of rural communities, as well as the development of Kedah's tourism sector, particularly in Tanjung Dawai.
During the working visit, Prof. Dr. Haim Hilman met with the Sungai Petani Kedah Municipal Council (MPSPK) which included the Secretary of MPSPK, Mdm. Sunita Abdul Aziz; Director of the Town Planning Department, Mdm. Rohani Abu Bakar; Director of Community Development, Mr. Mohd Amin Ali and Engineer at the Engineering Department, Mr. Mohd Zahir Salleh to discuss the development of infrastructure in Tanjung Dawai, including the current state of infrastructure and proposed needs for improving facilities in Tanjung Dawai, including transportation elements that require serious and immediate attention by the government, be it at the federal or state level.
According to Prof. Dr. Haim Hilman, Tanjung Dawai has the potential to become a tourist attraction on par with other attractions in Malaysia that can be developed and will be able to drive the country's and the state of Kedah's economic development.
During the meeting, he expressed UUM's desire to assist MPSPK and the Kedah state government in terms of research and community activities that can contribute to the development of tourist attractions for economic vitality in rural areas, particularly Tanjung Dawai.
According to him, UUM is prepared to conduct a study on the restructuring of Tanjung Dawai development and geopark development policies, as well as to hold a human capital development programme and to promote sustainable tourism.
He stated that UUM will use its expertise to assist in not only developing Tanjung Dawai as a tourist destination, but also in improving the socioeconomic conditions of rural residents by reviving long-stalled infrastructure development projects.
In addition, issues and problems affecting the Tanjung Dawai area were discussed, including social issues.
Additionally, Ir. Md. Uzairin Saidin, Director of the Development and Maintenance Department (JPP), and Mr. Mohd Zamri Ahmad, Director of the Chancellery, also participated in the discussion.
_____________________________________________________________________________________________________________________________
RANCAKKAN TANJUNG DAWAI SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN TERKENAL SEMULA
UUM ONLINE: Kuala Muda - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Tanjung Dawai, semalam untuk meninjau prasarana di kawasan tarikan pelancong itu bagi merancakkan semula sektor ekonomi di situ.
Lawatan tersebut susulan daripada kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, baru-baru ini bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam agenda pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar serta pembangunan sektor pelancongan Kedah khususnya di Tanjung Dawai.
Pada sesi lawatan kerja itu, Prof. Dr. Haim Hilman mengadakan pertemuan bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) terdiri Setiausaha MPSPK, Sunita Abdul Aziz; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Rohani Abu Bakar; Pengarah Pembangunan Masyarakat, Mohd Amin Ali dan Jurutera di Jabatan Kejuruteraan, Mohd Zahir Salleh bagi membincangkan tentang pembangunan infrastruktur di Tanjung Dawai seperti keadaan prasarana dan cadangan keperluan bagi penambahbaikan kemudahan di Tanjung Dawai termasuk elemen pengangkutan yang perlu diberi perhatian serius dan segera oleh pihak kerajaan sama ada persekutuan mahupun negeri.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, beliau melihat Tanjung Dawai sebagai lokasi yang berpotensi untuk menjadi kawasan pelancongan setaraf dengan kawasan tarikan lain di Malaysia yang boleh dibangunkan dan ia mampu memacu perkembangan ekonomi negara dan negeri Kedah khususnya.
Pada pertemuan itu, beliau telah menyatakan hasrat UUM untuk membantu MPSPK dan kerajaan negeri Kedah dalam aspek penyelidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang boleh menyumbang kepada pembangunan kawasan tarikan pelancongan demi kerancakan ekonomi di kawasan luar bandar khususnya di Tanjung Dawai.
Menurutnya, UUM bersedia menjalankan kajian penyusunan semula pembangunan Tanjung Dawai dan dasar pembangunan geopark serta mengadakan program pembangunan modal insan dan kelestarian pelancongan (sustainable tourism).
Katanya, UUM akan menyalurkan kepakaran yang ada untuk membantu bukan sahaja menjadikan Tanjung Dawai sebagai tarikan pelancongan, malah meningkatkan sosioekonomi penduduk di kawasan luar bandar tersebut dengan adanya penambahbaikan projek pembangunan infrastruktur yang sekian lama terbantut.
Di samping itu, turut dibincangkan isu dan permasalahan yang terdapat di kawasan Tanjung Dawai termasuk berkaitan masalah sosial.
Turut serta dalam perbincangan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Ir Md. Uzairin Saidin dan Pengarah Canselori, Mohd Zamri Ahmad.
Sumber berita : UUM Corp Comm