UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) has been included for the first time in the group of Asia's top 100 universities, when Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022 released the region's university rankings recently.
Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Prof. Dr Haim Hilman Abdullah who is performing the duties of Vice-Chancellor stated that UUM's position in 98th place, up from 107 a year ago, is the university's best achievement, demonstrating that all planning undertaken since the start of the UUM Strategic Plan in 2011 is accurate and the university is on the right track.
According to him, the consistent leap demonstrated each year is a collective effort that each university denizens should be proud of, as it is difficult to earn a spot on the list of the world's best universities, let alone in Asia, because it involves a university's reputation.
"We have been ranked among Asia's top 100 universities based on our academic reputation and employer reputation. These accomplishments are facilitated by elements or foundations outlined in strategic plans pertaining to the quality of teaching and learning, research, and holistic student development.
"Moreover, the quality of the designed curriculum earned the trust of external academics, as evidenced by the number of accreditations received, demonstrating that the quality of the UUM curriculum is among the best and guaranteed to instil confidence in employers regarding the quality of graduates we produce," he added.
Prof. Dr. Haim Hilman stated that the university will continue to strengthen its brand not only on a national level, but also internationally, in order to increase trust and confidence in UUM's reputation.
He expressed hope that university residents would redouble their efforts to collaborate on university initiatives such as Gagasan Gemilang Akademia & Admin Holistik (GAGAH), because there is still much work to be done to bring UUM up to par with other world-class universities.
_____________________________________________________________________
UUM TOP 100 TERBAIK UNIVERSITI ASIA
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya disenaraikan dalam kelompok 100 universiti terbaik di Asia apabila Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022 mengumumkan kedudukan ranking universiti di rantau ini, petang tadi.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kedudukan UUM di tangga ke-98 berbanding 107 tahun lalu merupakan pencapaian terbaik universiti, sekali gus membuktikan bahawa segala perancangan yang dilakukan sejak bermula Pelan Strategik UUM pada 2011 sememangnya tepat dan universiri berada di landasan betul.
Menurutnya, lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan saban tahun merupakan usaha bersama yang patut dibanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia, apatah lagi di Asia kerana ia melibatkan reputasi sesebuah universiti.
“Kita berjaya tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia ini berdasarkan peningkatan dalam reputasi dari sudut akademik dan reputasi majikan. Pencapaian tersebut dibantu dengan elemen atau asas yang dirangka dalam pelan strategik berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan membangun mahasiswa secara holistik.
“Di samping itu, kualiti kurikulum yang dirangka juga mendapat kepercayaan ahli akademik luar yang impaknya dapat dilihat melalui jumlah akreditasi yang diterima, sekali gus menunjukkan kualiti kurikulum UUM merupakan antara yang terbaik dan terjamin sehingga memberi keyakinan kepada majikan terhadap kualiti graduan yang kita hasilkan,” katanya lagi.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, universiti akan terus memperkukuhkan jenamanya bukan sekadar di persada nasional, malah antarabangsa agar kepercayaan dan keyakinan terhadap reputasi UUM meningkat.
Menurutnya, beliau berharap agar warga universiti dapat melipatgandakan usaha bekerja secara berpasukan bagi menjayakan agenda universiti termasuk Gagasan Gemilang Akademia & Admin Holistik (GAGAH) kerana masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.
Sumber berita : UUM Corp Comm