11 NOVEMBER 2021 / 6 RABIULAKHIR 1443H
=====================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
PROGRAM MENCARI BINTANG 2021 - PENCALONAN ANUGERAH SUKU KE-3: ANUGERAH BINTANG JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (STAF AKADEMIK)
UUM ONLINE:
Program Mencari Bintang 2021 adalah sebahagian agenda GAGAH UUM 2021-2025 yang akan memacu hala tuju penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersialan, hubungan industri dan komuniti, prasarana fizikal dan perkhidmatan.
Gagasan yang diinspirasikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah itu adalah untuk menyokong Univibe Initiative (University Visibility Enhancement) yang mana memberi penekanan terhadap penghargaan di atas usaha warga akademik, pentadbiran dan sokongan yang terlibat.
Tahniah kepada yang terlibat dalam program ini secara langsung atau tidak langsung.
Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) merupakan Sekretariat Program Mencari Bintang 2021 bagi anugerah:
- Anugerah BintangJaringan Industri & Masyarakat (Staf Akademik)
Sumber berita : UUM Corp Comm