UUM ONLINE: Taman Botani Universiti Utara Malaysia (UUM) has the potential to be one of the tourism edu products to increase awareness of appreciating natural resources and thus attract tourists.
Vice Chancellor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah said, an area of 10 hectares is seen to be able to be a recreation centre with a nature concept to provide exposure to the community about plants and forest resources.
He explained that this was taken to protect, preserve, and conserve rare plants, which are increasingly endangered and highly valuable, especially the local tree of Malaysia, Merbau.
“This beautiful and peaceful green forest is rich in various special plants we can fine 50 species of palm trees, 14 species of bamboo, 33 species of ornamental trees, four species of landscape trees, and 70 species of native forest trees besides 43 species of trees that were planted for ‘ex-situ’ species retention.
“Visitors can do leisure activities such as sightseeing, taking pictures, jogging, as well as buying cactus seedlings, kayaking in the botanical pond, and learning about plants that can inspire the love for nature,” he said when visiting the Botanical Garden in conjunction with the UUM Monthly Assembly this morning.
To actualize this wish, repair and maintenance work needs to be done in addition to providing leisure facilities, and displaying information about the trees on display.
Assistant Forest Preserver, Amran Mahmud said this Botanical Garden was developed to maintain the natural resources in Sintok, which are rich in flora and fauna.
“This park acts as a collection centre for plant species for learning, preservation, and conservation for sustainable agricultural and environmental development.
“Students also often do leisure activities around the park area, which is also equipped with basic facilities such as waqf, pedestrian tracks, and toilets”, according to him.
____________________________________________________________________________________________
TAMAN BOTANI JADI PROJEK EDU PELANCONGAN UUM
UUM ONLINE: Taman Botani Universiti Utara Malaysia (UUM) berpotensi menjadi salah satu produk edu pelancongan untuk meningkatkan kesedaran menghargai sumber alam semula jadi sekali gus menggamit pelancong.
Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kawasan seluas 10 hektar dilihat mampu menjadi pusat rekreasi berkonsepkan alam semula jadi untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan dan sumber hutan.
Jelasnya, inisiatif ini diambil demi melindungi, memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan asli yang jarang ditemui, yang semakin terancam dan bernilai tinggi khususnya pokok kebangsaan Malaysia iaitu Merbau.
“Kawasan hutan yang menghijau cukup cantik dan mendamaikan ini kaya dengan pelbagai tumbuhan istimewa yang boleh ditemui seperti 50 spesis pokok palma, 14 spesis buluh, 33 spesis pokok hiasan, empat spesis pokok landskap dan 70 spesis pokok hutan asal selain 43 spesis pokok yang ditanam untuk pengekalan spesis 'ex-situ'.
“Pengunjung boleh melakukan aktiviti santai yang menyihatkan seperti bersiar-siar, bergambar, berjoging selain membeli anak pokok kaktus, berkayak di kolam botani dan bekajar tentang tumbuh-tumbuhan yang boleh menerbitkan rasa cinta terhadap alam,” katanya ketika melawat Taman Botani sempena Program Perhimpunan Bulanan UUM, pagi tadi.
Justeru untuk merealisasikan hasrat ini, kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan perlu dilakukan di samping menyediakan kemudahan riadah serta memaparkan info terhadap pokok yang dipamerkan.
Penolong Pemelihara Hutan, Amran Mahmud berkata, Taman Botani ini dibangunkan bertujuan mengekalkan sumber alam semulajadi di Sintok yang kaya dengan flora dan fauna.
“Taman ini bertindak sebagai pusat pengumpulan spesis tumbuh-tumbuhan untuk pembelajaran, pemeliharaan serta pemuliharaan bagi pembangunan pertanian dan alam sekitar yang lestari.
“Para pelajar juga sering melakukan aktiviti riadah sekitar kawasan taman yang turut dilengkapi kemudahan asas seperti wakaf, trek pejalan kaki dan tandas,” ujarnya.
Sumber berita : UUM Corp Comm