UUM ONLINE: The courtesy call of the Consul General of Japan, Orikasa Hiroyuki, on the Vice Chancellor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, yesterday has strengthened the cooperation between UUM and the Consulate General of Japan in Penang.
The purpose of the visit was to strengthen partnerships and cooperation between the two parties, as well as meetings with university’s academics who graduated from Japan’s universities.
In that meaningful meeting, Haim Hilman gave a short brief but concise description of the university, including the progress of its successes.
He said the courtesy call from the Japanese Consul General further strengthens the relationship between UUM and the Japanese Consulate in Malaysia.
"To be in global rank, I believe in friendship and partnership between various parties because we cannot do it alone to succeed.
"In addition, with the presence of this cooperation, we also want to prepare future leaders to understand and respect each culture," he said.
During that session, he also explained the potential for collaboration such as in edutourism programmes, inbound and outbound student exchange, cultural exchange, UUM-Japan community engagement, academic research and grant, staff exchange and student practicum training programmes apart from establishing a satellite campus in Japan.
Meanwhile, Orikasa said his visit was to discuss future collaboration between the Consulate and UUM in an effort to strengthen the relationship between the two countries.
According to him, for that purpose as well, he learned the culture of other countries while promoting global understanding and involvement in various fields between Japan and Malaysia at the same time.
During the meeting, Orikasa also briefed on the realistic and practical approaches of Japanese organisations in six northern states in conjunction with the 40-year Look East Policy (LEP) this year, including organising a revitalised LEP programme.
Apart from that, he said, his part also played a role in helping new students to accept the culture of Japanese society by sharing experiences and knowledge through various activities.
"We are committed to ensuring that Malaysian students in Japan do not only excel academically but also learn about good practices by the Japanese.
“These students will also be our ambassadors to promote Malaysia to the people of Japan by building networks with students and the community where they live," he added.
His visit to UUM ended with a dialogue session with lecturers who studied in the country, before he was brought on a tour to places of interest around the campus, such as golf course, deer farm, Sultanah Bahiyah Library, and the Center for Culture and Arts.
____________________________________________________________________________________________
UUM KUKUH KERJASAMA DENGAN KONSULAT JENERAL JEPUN
UUM ONLINE: Kunjungan hormat Konsul Jeneral Jepun, Orikasa Hiroyuki ke atas Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah hari ini memperkukuhkan kerjasama antara UUM dengan Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang.
Tujuan kunjungan itu bertujuan untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama antara kedua-dua pihak, selain pertemuan bersama alumni yang pernah menyambung pelajaran di negara matahari terbit itu.
Dalam pertemuan singkat tetapi bermakna itu, Haim Hilman memberi penerangan ringkas tetapi padat berkenaan universiti ini termasuk perkembangan kejayaan yang diperoleh.
Beliau berkata, kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Jepun itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan antara UUM dan Konsulat Jepun di Malaysia.
“Untuk berada di peringkat global, saya percaya pada hubungan persahabatan dan perkongsian antara pelbagai pihak kerana kita tidak boleh melakukannya sendirian untuk berjaya.
"Di samping itu, dengan adanya kerjasama ini juga kelak kita ingin mempersiapkan pemimpin masa hadapan untuk memahami dan menghormati setiap budaya," katanya.
Pada sesi itu, Haim Hilman turut menjelaskan tentang potensi kolaborasi seperti program edu pelancongan, program pertukaran pelajar secara ‘inbound’ dan ‘outbound’, program pertukaran budaya, program libat urus komunti UUM-Jepun, penyelidikan akademik dan program geran, program pertukaran staf dan latihan praktikum pelajar serta program kampus satelit di negeri ini.
Sementara itu, Orikasa berkata, kunjungan beliau itu adalah untuk berbincang tentang apa yang boleh dilakukan oleh Konsulat dan UUM secara bersama pada masa hadapan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan Jepun dan Malaysia.
Menurutnya, bagi tujuan itu juga, beliau mempelajari adat istiadat negara ini sebagai menghormati budaya negara lain dan pada masa sama menggalakkan persefahaman dan penglibatan global dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Dalam pertemuan itu juga, Orikasa turut memberi penerangan tentang pendekatan realistik dan praktikal yang diambil oleh organisasi Jepun di enam negeri di sini sempena 40 tahun Dasar Pandang Ke Timur (LEP) pada tahun ini termasuk mengadakan program untuk menggiatkan semula LEP.
Selain itu, katanya, pihaknya juga memainkan peranan membantu pelajar baru untuk menerima budaya masyarakat Jepun dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan menerusi pelbagai aktiviti.
“Kami komited untuk memastikan pelajar Malaysia di Jepun bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut belajar tentang amalan baik oleh orang Jepun.
"Pada masa sama, pelajar ini akan menjadi duta kami untuk mempromosikan Malaysia kepada penduduk Jepun dengan membina jaringan bersama pelajar dan juga komuniti di tempat mereka tinggal," katanya lagi.
Lawatan beliau ke UUM diakhiri dengan sesi dialog bersama pensyarah yang pernah mengikuti pembelajaran di negara berkenaan, seterusnya meninjau fasiliti di UUM seperti padang golf, kandang rusa, Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Pusat Budaya dan Seni.
Sumber berita : UUM Corp Comm