UUM ONLINE: Program ‘Social Entrepreneurship for Social Change’ anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan selama dua hari pada 16 Julai lalu di EDC UUM.
Program di bawah kendalian Institute for Business Competitiveness and Sustainability Initiative (IBCSI), SBM itu telah menghimpunkan seramai 34 pensyarah dari Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pendekatan asas berkenaan keusahawanan sosial meliputi aspek penggunaan keusahawanan sosial dan aplikasi keusahawanan sosial di dunia khususnya Malaysia, seterusnya mengaplikasikan konsep keusahawanan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
Penceramah bagi program ini ialah pensyarah dari Program Keusahawanan SBM, Prof. Madya Dr. Shamsul Huda Abd. Rani. Turut hadir menyertai program tersebut ialah Ketua Jabatan Perdagangan, Mariam Ahmad serta ketua-ketua program di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai.
Kemudian, peserta dibawa ke Anjung Tamu dan lawatan ke SBM bersama Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad.
Sumber berita : UUM Corp Comm dan SBM