UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program “Engagement of Experts from Malaysia with Australia” di Dewan Seminar C, Kompleks Konvensyen, baru-baru ini.
Program berkenaan telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Keith A. Houghton, yang merupakan Profesor Pelawat Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC). Program ini adalah salah satu daripada sesi lawatan beliau ke Universiti Utara Malaysia.
Objektif utama program ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas tentang tip untuk membida geran antarabangsa. Manakala di sebelah petang, diadakan sesi “Research Proposal Clinic” iaitu platform para penyelidik berbincang dengan beliau bagi menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti dan berimpak.
Dalam program yang disertai pensyarah dan juga pelajar ijazah doktor falsafah dari pelbagai pusat pengajian itu, pelbagai soalan dilontarkan di dalam sesi soal jawab. Diharapkan sesi perkongsian memberi manfaat buat para penulis dalam menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dan juga artikel yang berimpak tinggi.
Sumber berita : UUM Corp Comm