UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Bengkel Design Thinking for Impactful Research Innovation pada 20 Julai 2022 (Rabu) bertempat di UTLC Creative Learning Lab.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta program tentang proses design thinking yang berpaksikan fitrah manusia dan seterusnya menghasilkan prototaip berinovasi.
Selain itu, objektif bengkel ini termasuklah menghasilkan proses empati dalam kerjaya dan kehidupan harian, melatih penggunaan visualisasi dalam menterjemahkan masalah dan menyampaikan komunikasi berkesan melalui proses visual.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam bengkel yang dibuka kepada semua staf dan orang luar ini ialah demontrasi dan aktiviti Hands-on sketching, dengan bimbingan pensyarah UUM iaitu Dr. Idyawati binti Hussein@Hussen.
Sumber berita : RIMC