UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Bengkel Research On Time pada 8 hingga 9 November 2022 selama 2 hari di UTLC Future Learning Lab.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang panduan untuk meningkatkan kemahiran penulisan artikel dan penerbitan yang memenuhi piawaian untuk menutup geran dan dalam masa yang ditetapkan.
Selain itu, objektif bengkel ini juga ialah untuk mengenal pasti cara menulis bagi penerbitan dengan pantas dan teratur serta dapat meningkatkan kemahiran penyelidik untuk menggunakan bibliometric analysis, systematic review dan content analysis dalam penerbitan.
Adalah diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan peratusan penutupan artikel jurnal dan mencapai output penyelidikan serta meningkatkan kemahiran ahli akademik dalam menghasilkan penulisan dan penerbitan yang berkualiti.
Bengkel ini terbuka kepada semua staf UUM dan bukan staf yang terdiri daripada penyelidik FRGS yang akan tamat April 2023. Sepanjang penganjuran banyak ilmu dan manfaat yang dipelajari dengan bimbingan pensyarah UUM iaitu Prof. Madya Dr. Aidi bin Ahmi.
Sumber berita : RIMC