UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program kerjasama diantara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pihak Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu AKEPT Competency & Enhancement Program (ACEP):Coaching And Mentoring for Director Centre of Excellence (CoE).
Program pertama yang dianjurkan di bawah program kerjasama ini bertajuk Enhancing Leadership Talent Delevopment Lesson From A Governance Operating Model yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohd. Shahir Shamsir bin Omar dari UTHM, bertempat di EDC Hotels & Resort Sintok Kedah
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk membangunkan kepimpinan yang dinamik dan holistik di mana-mana organisasi dan Institusi Kecemerlangan di Malaysia selain mewujudkan strategi coaching dan mentoring di Pusat Kecemerlangan (CoE) yang komprehensif merangkumi elemen penting, dengan pelan pelaksanaan yang sepadan,
Sumber berita : RIMC