UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program kerjasama diantara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pihak Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu AKEPT Competency & Enhancement Program (ACEP):Coaching And Mentoring for Director Centre of Excellence (CoE).
Program pertama yang dianjurkan di bawah program kerjasama ini bertajuk University-Industry-Community Engagement yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Johari bin Surif dari UTM, bertempat di EDC Hotels & Resort Sintok Kedah pada 30 Jun 2022 yang lalu.
Program ini merupakan platform kepada perkongsian daripada trainer terpilih yang mempunyai pengalaman mentadbir urus di organisasi yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk membangunkan kepimpinan yang dinamik dan holistik di mana-mana organisasi dan Institusi Kecemerlangan di Malaysia selain mewujudkan strategi coaching dan mentoring di Pusat Kecemerlangan (CoE) yang komprehensif merangkumi elemen penting, dengan pelan pelaksanaan yang sepadan.
Diharapkan program ini dapat membantu dalam merangka strategi coaching dan mentoring di Pusat Kecemerlangan (CoE) dan membolehkan pemimpin di kalangan staf akademik atau pentadbiran memahami nilai kemahiran yang diperlukan untuk memimpin CoE atau jabatan masing-masing dengan lebih berkesan.
Sumber berita : RIMC