UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program kerjasama diantara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pihak Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu AKEPT Competency & Enhancement Program (ACEP):Coaching And Mentoring for Director Centre of Excellence (CoE).
Program pertama yang dianjurkan di bawah program kerjasama ini bertajuk Strategic Planning for Centre of Excellence (COE) yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Che Hassan bin Che Haron dari UKM, bertempat di EDC Hotels & Resort Sintok Kedah pada 29 Jun 2022 yang lalu.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk membangunkan kepimpinan yang dinamik dan holistik di mana-mana organisasi dan Institusi Kecemerlangan di Malaysia selain mewujudkan strategi coaching dan mentoring di Pusat Kecemerlangan (CoE) yang komprehensif merangkumi elemen penting, dengan pelan pelaksanaan yang sepadan,
Diharapkan program ini dapat membantu dalam merangka strategi coaching dan mentoring di Pusat Kecemerlangan (CoE) dan membolehkan pemimpin di kalangan staf akademik atau pentadbiran memahami nilai kemahiran yang diperlukan untuk memimpin CoE atau jabatan masing-masing dengan lebih berkesan.
Sumber berita : RIMC