UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program for Distinguished Visiting Professor Prof. Emeritus Dr. Keith A. Houghton bertempat di Bilik Serbaguna (BSG) SQS.
Program ini diatur oleh RIMC yang telah melantik Profesor Emeritus Dr. Keith A. Houghton sebagai Distinguished Visiting Professor di Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) yang bertajuk Evidence-Based Thinking.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelidik melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman penceramah mendapatkan geran penyelidikan antarabangsa dan industri.
Program ini terbuka kepada semua staf akademik dalam dan luar UUM dan diharapkan program ini dapat meningkatkan dan mengalakkan kerjasama penyelidikan ke peringkat antarabangsa.
Sumber berita : RIMC