1 JANUARI 2023 / 8 JAMADILAKHIR 1444H
==================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Abu Bakar Omar Hamdan
Gambar oleh: RIMC
UUM SERTAI PAMERAN FESTIVAL OF IDEAS 2022
UUM ONLINE: Putrajaya - Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengadakan pameran Festival of Ideas (FOI) 2022 bermula 29 hingga 30 Disember 2022 di lobi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Platform FOI ini merupakan pameran inovasi yang menghimpunkan semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara untuk meraikan penyelidikan dan inovasi.
Di samping itu, mempromosikan ciptaan idea yang secara tidak langsung mewujudkan peluang untuk membantu komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup dengan mewujudkan projek dan produk yang melibatkan jalinan kerjasama di antara kerajaan, masyarakat, ahli akademik dan pemain industri sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era Revolusi Industri 4.0.
RIMC selaku sekretariat yang telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail selaku Pegawai Focal bagi FOI 2022 telah mengetengahkan tiga (3) produk inovasi iaitu Cyntok Bhatik, 3D Terrain Visualizer dan IVR Hajj (Tawaf).
Menariknya pada pameran kali ini, pihak UUM telah menerima kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar; Ahli Akademik dan Profesor Sejarah Sosial terkenal, Prof. Datuk Dr. Murad Mohd Noor Merican dan Pro-Canselor Lincoln University College, Datuk Dr. Bibi Florina Abdullah.
Sumber berita : UUM Corp Comm & RIMC