UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) dan Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) telah berganding bahu dalam usaha untuk meningkatkan pengkomersialan penyelidikan dengan menjalankan program bagi memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pentingnya pengkomersialan penyelidikan.
RIMC melalui Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber telah merangka pelbagai program latihan yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan ilmu, kemahiran serta budaya penyelidikan yang berimpak tinggi dalam kalangan warga akademik UUM.
Antara latihan dan program yang dibangunkan mahupun dikemaskini bertumpu kepada penyelidikan yang mampu dikomersialkan hasilnya.
Program ‘From Research to Commercialization’ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan telah menjadi platform bagi menghimpunkan semua Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) dan Timbalan Dekat Pusat Pengajian untuk bersama-sama memainkan peranan bagi mengalakkan budaya penyelidikan yang boleh dikomersialkan.
Menerusi program itu juga penyelidik didedahkan dengan cabaran, stategi dan aktiviti ‘hands-on’ dalam meningkatkan ekosistem, produk inovasi dan pembangunan ‘spin-off’.
RIMC dengan bantuan ICC akan terus komited dalam menyokong semua aktiviti penyelidikan berimpak tinggi yang mampu dikomersialkan selaras dengan visi dan misi UUM.
Sumber berita : UUM Corp Comm