BENGKEL PENGESAHAN MODEL DAN DRAF TATAAMALAN TENTU TAHAP AMALAN DAN KEPATUHAN KESELAMATAN UNTUK P-HAILING

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

p hailing

 

16 FEBRUARI 2023 / 25 REJAB 1444H

===============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly

Gambar oleh : Dr. Mohd Salahudin Shamsudin

BENGKEL PENGESAHAN MODEL DAN DRAF TATAAMALAN TENTU TAHAP AMALAN DAN KEPATUHAN KESELAMATAN UNTUK P-HAILING

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM)  menganjurkan Bengkel Pengesahan Model Dan Draf Tataamalan untuk sektor P-Hailing, baru-baru ini.

Sekumpulan penyelidik dari SBM telah melaksanakan kajian untuk menentukan tahap amalan dan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam kalangan penyedia-penyedia perkhidmatan P-Hailing, seterusnya membangunkan sebuah model dan juga draf tataamalan industri berkaitan.

Penyelidikan ini dilaksanakan oleh pasukan penyelidik di bawah geran penyelidikan dana swasta (dalam negara).

Ketua penyelidik, Dr. Siti Hawa Harith berkata, bengkel itu bertujuan menyemak dan mengesahkan model serta draf tataamalan industri bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk sektor P-Hailing.

Seramai empat pakar bidang KKP telah hadir sebagai ahli panel iaitu Pengarah DOSH Perak, Dr. Rabaayah Daud; Pengarah DOSH Perlis,Amree Ghazi; Ketua Seksyen Penyelarasan & Pemantauan, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) Malaysia, Muhammad Faisal Jusoh dan pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Perlis, Ts. Mohd Asyraf Che Doi.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SBM, Dr. Yusmani Mohd Yusoff yang turut hadir juga melahirkan tanda penghargaan kepada ahli panel kerana sudi meluangkan masa berkongsi kepakaran dan mengutarakan komen-komen yang bernas demi penambahbaikan model serta tataamalan yang telah dibangunkan.

“Telah menjadi sebahagian tugas ahli akademik khususnya di SBM untuk membantu agensi-agensi kerajaan seperti DOSH dalam melaksanakan kajian-kajian ilmiah yang berkaitan termasuk pembangunan dasar-dasar di peringkat kebangsaan,” katanya.

Pihak DOSH juga bersetuju bahawa penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak SBM, UUM sehingga membawa kepada pembangunan draf tataamalan tersebut telah memberi sumbangan kepada fungsi DOSH secara amnya dan memenuhi objektif OSH Master Plan (OSHMP) 2025 khususnya.

Panel, Muhammad Faisal menyatakan bahawa draf tataamalan ini akan dibawa ke peringkat mesyuarat semakan dasar peringkat Ibu Pejabat DOSH untuk proses pewartaan sebagai sebuah Tataamalan Industri di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pindaan 2022.

Ujar beliau, pembangunan draf tataamalan ini menyumbang secara terus kepada pencapaian Teras Strategi 7, OSHMP 2025.

Sesi bengkel diakhiri dengan penyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Industri dan Korporat SBM, Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly tentang kesediaan SBM untuk bekerjasama dengan DOSH Perak dan DOSH Perlis dalam melaksanakan program-program seperti penyelidikan,perundingan, penerbitan dan latihan yang menyumbang kepada pencapaian OSHMP 25.

Sumber berita : UUM Corp Comm

About RIMC

The Research and Consultation Centre was established on the 1st of May, 1986. On the 1st of January, 2006, the centre was merged with the Publishing, Broadcasting and Media Technology Division and renamed the Department of Research and Innovation. On 1st of January, 2008, after a restructuring exercise, the department was renamed as the Research and Innovation Management Centre (RIMC).

Contact Us

Research and Innovation Management Centre (RIMC), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.

Tel: +604-928 4771/4768

Fax : +604-928 4756


Email:rimc@uum.edu.my


Sun - Wed : 8:00 - 17:00
Thu : 8:00 - 15:30
Rest : 13:00 - 14:00

Search