Taklimat dan Majlis Menandatangani Perjanjian FRGS

signing frgs 2014

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), 24 April 2014 – Majlis Taklimat dan Menandatangani Perjanjian FRGS Fasa 1/2014 bertempat di Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen telah diadakan pada 08 Julai 2014 (Selasa).

Taklimat tersebut telah berlangsung dengan jayanya dimulai ucapan aluan daripada Prof. Madya Dr. Angappan Regupathi selaku Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dan kemudian diikuti penerangan terperinci berkaitan hal ehwal kewangan dan penyelarasan proposal secara dalam talian oleh En. Abdul Rais Mohamed. Taklimat tersebut disusuli dengan sesi soal jawab bersama Pengarah RIMC, Prof. Dr. Kalsom Kayat. Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani perjanjian penyelidikan.

RIMC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan penyelidik-penyelidik UUM yang telah berjaya mendapatkan geran FRGS Fasa 1/2014. Semoga dengan kejayaan ini dapat memupuk semangat penyelidikan yang tinggi dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bermanfaat buat negara amnya dan Universiti Utara Malaysia khususnya.

Sekian.

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june