ISLAM BASED PRODUCT CREATED BY UUM RESEARCHERS BAGGED GOLD AND SILVER MEDALS

ibsgold

 

 

UUM ONLINE: Efforts to put UUM in the world map paid off for four UUM researchers when two of their innovative products bagged both the gold and silver medals at the World Invention Creativity Contest (WICC) 2016 held in Seoul, Korea recently.

 

The research team led by Prof. Dr. Abdullah Abdul Ghani consisted of Dr Mohd Shahril Ahmad Razimi, Dr Selamah Maamor, Dr Ahmad Bashir Abd Aziz and Dr Norazlina Abdul Wahab submitted two products, namely IBA Easy Grow which won the gold and MySpirituality Module which bagged the silver medal.

 

Dr Mohd Shahril said that they did not expect to win since the products produced were Islamic based products and Koreans would find such products rather perplexing and such product may not even be accepted.

 

“The IBA Easy Grow is the result of a collaborative research effort done with the industry.  The result is the production of the spiritually based halal fertigation product.

 

"IBA Easy Grow is an all-natural sharia based fertilizer that does not make use of animal waste and is environmentally friendly, in addition, the process of making it adheres strictly to the principles of Islam," he said.

 

Meanwhile, MySpirituality Module, an intangible product which was developed by these researchers would serve as guide to youth institutions when implementing programmes pertaining to spiritual development.

 

He added that the products produced were the result of the Nic Research Grant Scheme (NRGS).

 

"We are indeed grateful and ecstatic with our success as it is our daawah and we would like to introduce Islam and put UUM and in particular IBS on to the world stage. We were determined to participate in this particular competition and were ready to compete against the 400 universities from around the world.

 

"Participating in a competition like this will allow us to share the findings at the global level, it also enables us to test the marketability of the products we produced," he said.

 

Also accompanying the delegation was the ever supportive head of the NRGS Research Programme, Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz.

 

____________________________________________________________________________________________________________

 

PRODUK BERUNSURKAN ISLAM CIPTAAN PENYELIDIK UUM RANGKUL EMAS DAN PERAK

UUM ONLINE: Kesungguhan untuk menaikkan nama Pusat pengajian Perniagaan Islam (IBS), empat penyelidik UUM menerusi dua produk inovasi berjaya merangkul pingat emas dan perak pada World Invention Creativity Contest (WICC) 2016 yang berlangsung di Seoul, Korea baru-baru ini.

Pasukan penyelidik yang diketuai Prof Dr Abdullah Abd Ghani bersama Dr Mohd Shahril Ahmad Razimi, Dr Selamah Maamor, Dr Ahmad Bashir Abd Aziz dan Dr Norazlina Abdul Wahab telah mempertaruhkan dua produk iaitu IBA Easy Grow yang merangkul pingat emas dan MySpirituality Module meraih pingat perak.

Dr Mohd Shahril berkata, mereka tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan produk yang dihasilkan berunsurkan Islam dan sukar difahami serta diterima masyarakat di Korea.

"Produk IBA Easy Grow merupakan produk kajian dengan kerjasama industri yang menghasilkan produk fertigasi halal dan berasaskan kerohanian (spiritual).

"IBA Easy Grow merupakan baja semula jadi yang berteraskan syariah yang mana ia tidak menggunakan bahan buangan binatang dan lebih mesra alam, selain proses pembuatan baja yang mengikut prinsip Islam," katanya.

Ujarnya, produk MySpirituality Module pula merupakan satu produk 'intangible' yang diusahakan sebagai panduan kepada institusi belia khususnya bagi melaksanakan program-program pembangunan kerohanian.

Tambah beliau lagi, produk tersebut dihasilkan daripada penyelidikan Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS).

"Kami bersyukur dan gembira atas kejayaan ini kerana atas dasar dakwah dan ingin memperkenalkan Islam serta membawa nama UUM khususnya IBS sendiri ke persada dunia, kami nekad untuk menyertai pertandingan ini yang turut disertai 400 universiti seluruh dunia.

"Dengan menyertai pertandingan seumpama ini akan membolehkan kita berkongsi hasil dapatan kajian di peringkat global, di samping dapat menguji kebolehpasaran produk yang dihasilkan," katanya.

Turut serta dalam delegasi ini adalah ketua Program Penyelidikan NRGS ini iaitu Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz yang juga sangat menyokong pasukan penyelidik ini memasuki pertandingan seumpama ini.

 

Sumber berita : UKK UUM

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________Logo Footer januari 2017