150 PENYELIDIK DIBERIKAN PENDEDAHAN TENTANG PEMANTAUAN MELALUI SISTEM MYGRANTS

Unit Penyelidikan, RIMC UUM telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Pemantauan Penyelidikan Sistem MyGrants di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen pada pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Alias Azhar dalam ucapannya berkata tujuan utama taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelidik tentang pemantauan penyelidikan secara atas talian di dalam Sistem MyGrants.

“Sistem ini akan banyak membantu penjimatan sumber dan masa penyelidik serta pentadbir penyelidikan di UUM.

 “Harapan saya agar perkongsian maklumat melalui taklimat ini dapat melancarkan aktiviti pemantauan penyelidikan secara atas talian dalam Sistem MyGrants bagi 292 projek penyelidikan Geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Fasa 2013 hingga kini”, katanya lagi.

 Beliau meminta supaya penyelidik perlu memastikan setiap penyelidikan yang dijalankan tidak tergolong dalam “penyelidikan bermasalah”.

“Penyelidik perlu memenuhi tiga kriteria penyelidikan iaitu Research on Time  (ROT), berkesan  yakni mencapai  output penyelidikan yang ditetapkan dan cekap dari segi pengurusan terutama kewangan”, tambah Dr. Alias.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Penyelidik Sosial Kanan RIMC, Abdul Rais Mohamad Mokhtar .

Sesi Personal Coaching Pemantauan Penyelidikan Sistem MyGrants yang bertujuan untuk membantu penyelidik dalam proses input maklumat kewangan penyelidikan dalam Sistem MyGrants turut diadakan pada sebelah petang.

MyGrants ialah sistem permohonan geran penyelidikan KPT secara atas talian.

Habis.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________