PROF. DR. MOHD AZIZUDDIN MULAKAN TUGAS PENGARAH RIMC

 

 

 

 

Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani memulakan tugas rasminya sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) yang baharu pagi tadi.

 

Ketibaan beliau di Pejabat RIMC disambut oleh Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi.

 

Beliau yang menggantikan Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad telah diberi taklimat ringkas berkaitan RIMC oleh Sr. Dr. Mohd Nasrun dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah. 

 

Dalam ucapan pertama Prof. Dr. Mohd Azizuddin kepada staf RIMC, beliau menekankan punctuality adalah amat penting dalam setiap tugasan atau hal bagi memastikan semua perancangan dapat berjalan dengan lancar.

 

“Kita juga perlu cepat dalam semua tindakan serta perlu mencapai target yang telah disasarkan.

 

“Saya juga mahu semua staf RIMC bekerja dalam suasana harmoni dan perlu ada semangat satu pasukan.

 

“Terima kasih kepada Naib Canselor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui RIMC yang merupakan nadi utama dalam bidang penyelidikan, katanya lagi.

 

Majlis hampir dua jam itu diadakan di Bilik Mesyuarat RIMC turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Alias Azhar dan semua staf RIMC.

 

Pelantikan Prof. Dr. Mohd Azizuddin sebagai Pengarah RIMC bermula 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

 

Sebelum menjawat jawatan ini, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Azizuddin Mohd Sani adalah Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa di Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS).

 

Beliau menerima ijazah doktor falsafah dalam bidang politik dan hubungan antarabangsa dari Keele University, United Kingdom.

 

Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran di UUM ialah semasa menjadi Dekan SOIS (2011-2013), Pengerusi Program Hal Ehwal Antarabangsa (2010 – 2011) dan Pengerusi Ketahanan Nasional, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir (2009).

 

Beliau juga telah dilantik sebagai Felo Pelawat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) Singapura dan Profesor Pelawat di National Institute of Development and Administration (NIDA), Bangkok,Thailand.

 

Kini beliau merupakan kolumnis hal ehwal antarabangsa bagi akhbar berbahasa Melayu Berita Harian sejak tahun 2012 dan juga dilantik sebagai Member of National Consultative Committee on Political Financing and Fellow of Foreign Policy Study Group.

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june