PENGARAH RIMC TERIMA NOTA SERAH TUGAS

 

 

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif jabatan itu baru-baru ini.

 

Ini adalah merupakan penyerahan tugas secara rasmi Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad, mantan Pengarah RIMC kepada Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani yang dilantik sebagai Pengarah yang baru untuk tempoh setahun berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2017.


Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas ini disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail.

 

Prof. Dr. Noor Azizi merakam penghargaan terima kasih kepada Prof. Dr. Ayoib dan menyatakan banyak berlaku perubahan selama tempoh setahun menerajui RIMC.

 

Beliau juga mengalu-alu kehadiran Prof. Dr. Mohd Azizuddin sebagai Pengarah baru RIMC dan mengharapkan dengan pengalaman sebagai Dekan SOIS sebelum ini, RIMC akan lebih bergerak laju.

 

“Semua staf di RIMC adalah penting dan mempunyai peranan masing-masing dan kita perlu bekerja dalam semangat collegiality bagi menjayakan agenda penyelidikan Universiti”, ujarnya lagi.

 

Prof. Dr. Mohd Azizuddin dalam ucapannya menyatakan janji akan memimpin RIMC sebaik mungkin dalam merealiasikan setiap matlamat yang telah ditetapkan terutama meningkatkan penyelidikan dan penerbitan.

 

Sementara itu, Prof. Dr. Ayoib turut menyatakan rasa gembira selama setahun beliau berada di RIMC dengan suasana kerja yang harmoni serta semangat satu pasukan.

 

Prof. Dr. Ayoib telah tamat perkhidmatan sebagai Pengarah RIMC pada 31 Disember 2016 dan dilantik sebagai Dekan TISSA untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2017.

 

Turut hadir dalam Majlis Nota Serah Tugas ialah semua staf RIMC.

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june