REDESIGNING HIGHER EDUCATION: AN AGENDA TO TAKE MALAYSIAN HIGHER EDUCATION TO GLOBAL HEIGHTS

 

upwards

UUM ONLINE: Putrajaya, 13 January –To provide the best higher education in the world and to acquaint the Institutions of Higher Education (IHE) in Malaysia with world renown, the Ministry of Higher Education (MoHE) has introduced the Redesigning Higher Education agenda.

This agenda looks at the methods used in assessing students, industry participation in academic programmes, recognition of learning based on prior experience, empowerment of TVET, granting credit for online learning, and enhancement of the work-based learning programme.

The Minister of Higher Education, the Honourable Dato' Seri Idris Jusoh, said that the Redesigning Higher Education agenda was aimed at empowering choice, encouraging the acquisition of a diversity of knowledge, and cultivating a strong sense of social responsibility and awareness among students and the higher education community.

"The agenda on Redesigning Higher Education looks back at some of the impacts of initiatives introduced since April 2015, namely, the iCGPA or Integrated Cumulative Grade Point Average; 2U2i, which means 2 years at university and 2 years in industry; the CEO @ Faculty programme; furthering higher studies using past experience through Accreditation of Prior Experiential Learning, or APEL; and Massive Open Online Courses, or MOOCs," he said, when presenting the 2017 Address of the Minister of Higher Education, aptly themed Redesigning Higher Education, at the Putrajaya International Convention Centre, yesterday.

Apart from this, he also suggested in his address that universities collaborate with other IHE using the concept of commonalities and collegiality, as well as cooperate with foreign universities through the jukebox concept, which is an educational approach that extends beyond the campus and beyond borders.

He added that the internationalisation of higher education was also an important MoHE agenda. "Up till 30 September 2016, there were 150, 000 international students, including over 129, 000 in IHE. The MoHE has targeted a total enrolment of 250, 000 international students come 2025. Thus, I urge the IHE to focus their internationalisation efforts on programmes tailored for the Summer Semester," he said.

He added that the challenging economic factor had forced public universities to generate their own income and reduce their dependence on public funds.

"Among the ways universities can generate revenue include the opening up of the potential of assets; increasing activities centred on the commercialization of research and the offer of consultancy services; raising funds from the alumni and industry; financial investments and strategic assets; and the creation of waqf funds and endowments," he said at the ceremony, which was also attended by the Deputy Minister of Higher Education, the Honourable Datuk Mary Yap Kain Ching; the Secretary-General of the MoHE, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; the Deputy Director-General of the MoHE, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir; and the Director-General of the Department of Community College Education, Dato Amir Md Noor.

It is estimated that more than 3,000 people from various agencies under the MoHE also attended the ceremony.

Also present were the Chairman of the Board of Directors of Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Siti Sa'adiah Sheikh Bakir; the Vice-Chancellor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak; Chairpersons and members of the Boards of Directors of various universities; Vice-Chancellors of the various public universities; Chief Executives of Private Institutions of Higher Education; CEOs of Government-Linked Investment Companies (GLIC) / Government-Linked Companies (GLC); CEOs and representatives of private companies, IHE NGOs, Polytechnics, and Community Colleges; and the MoHE community.

___________________________________________________________________________________________________________________________________

 

UUM ONLINE: Putrajaya, 13 Januari - Bagi menyediakan pendidikan tinggi yang terbaik di dunia dan menjadikan institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia terkemuka di persada antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan agenda "Redesigning Higher Education" ataupun Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi. 


Agenda ini melihat kepada kaedah penilaian pelajar, penyertaan industri dalam akademik, pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, pemerkasaan TVET, pemberian kredit kepada pembelajaran atas talian dan penambahbaikan program pembelajaran berasaskan kerja.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh berkata agenda Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi bertujuan memperkasa pilihan, menggalakkan kepelbagaian pengetahuan, memupuk semangat tanggungjawab sosial dan kesedaran yang kuat dalam kalangan pelajar dan komuniti pendidikan tinggi.

"Agenda Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi melihat kembali beberapa impak hasil inisiatif yang diperkenalkan sejak April 2015 iaitu iCGPA atau Integrated Cumulative Grade Point Average (Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu); 2U2i yang bermaksud 2 tahun di universiti dan 2 tahun di industri; program CEO@Faculty; melanjutkan pelajaran menggunakan pengalaman lalu menerusi Accreditation Prior Experiential Learning atau APEL; dan Massive Open Online Courses atau MOOCs," ujarnya ketika menyampaikan Amanat 2017 Menteri Pendidikan Tinggi bertemakan Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi di Putrajaya International Convention Centre dekat sini semalam.

Selain itu dalam amanatnya itu juga beliau menyarankan agar IPT melakukan kolaborasi dengan IPT lain menggunakan konsep kesepunyaan dan keserakanan (commonalities and collegiality) serta kerjasama dengan universiti luar negara menerusi konsep jukebox iaitu pendekatan pendidikan yang menjangkaui kampus melangkaui sempadan (beyond campus, beyond borders).

Menurutnya lagi aspek pengantarabangsaan pendidikan tinggi turut menjadi agenda penting KPT.

"Sehingga 30 September 2016, terdapat seramai 150 ribu pelajar antarabangsa termasuk lebih 129 ribu di IPT. KPT menyasarkan seramai 250 ribu pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025. Justeru saya menyeru IPT untuk menumpukan usaha pengantarabangsaan kepada program berbentuk "Semester Musim Panas" (Summer Semester)," katanya.

Tambah beliau, faktor ekonomi yang mencabar memaksa universiti awam untuk menjana pendapatan sendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap dana awam.

"Antara cara universiti boleh menjana pendapatan termasuk pembukaan potensi aset, peningkatan aktiviti pengkomersialan penyelidikan dan penawaran perkhidmatan pakar runding, pengumpulan dana daripada alumni dan industri, pelaburan kewangan dan aset strategik dan pewujudan dana waqf dan endowmen," jelasnya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Dato Amir Md Noor.

Dianggarkan lebih 3,000 orang dari pelbagai agensi di bawah KPT menghadiri majlis berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Siti Sa'adiah Sheikh Bakir; Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak; Pengerusi-Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor - Naib Canselor Universiti Awam, Ketua Eksekutif IPTS, CEO Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)/ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), CEO serta wakil syarikat swasta dan NGO IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan warga KPT.

Sumber berita : UKK UUM 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________Logo Footer januari 2017