TIGA TIMBALAN PENGARAH RIMC DILANTIK SEMULA

Prof. Madya Dr. Alias Azhar, Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi dan Dr. Mohd Faizal Omar masing-masing telah dilantik semula oleh pihak Universiti sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC).

Pelantikan Prof. Madya Dr. Alias sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Sr. Dr. Mohd Nasrun (Timbalan Pengarah, Penerbitan Penyelidikan) dan  Dr. Mohd Faizal (Timbalan Pengarah, Tugas-tugas Khas) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017. 

Mereka ketika ditemui, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Universiti yang telah memberikan kepercayaan untuk berada di RIMC dalam membantu agenda Universiti.

Ikuti temu bual dengan mereka berkaitan pelantikan ini :

 dr alias

Prof. Madya Dr. Alias Azhar

Timbalan Pengarah (Penyelidikan)

 

“Saya akan lebih  fokus kepada usaha pemantauan progres penyelidikan bagi memastikan setiap penyelidikan memenuhi kriteria ROT (Research on Time), berkesan dan cekap dalam mengurus dana yang diperuntukkan. 

Selain itu, setiap penyelidikan mampu menghasilkan output yang releven dan berimpak tinggi. Penekanan serius perlu diberi kepada aspek etika penyelidikan seiring dengan Garis Panduan Etika Penyelidikan Universiti.

Sehubungan itu, RIMC juga merangka untuk membentuk Jawatankuasa Etika Penyelidikan bagi merealisasikan hasrat tersebut.”

 

dr nasrun

Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi

Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan)

 

“Harapan saya agar Unit Penerbitan Penyelidikan RIMC dapat terus membantu para penyelidik untuk menghasilkan output penerbitan yang berkualiti bagi memenuhi syarat penutupan geran penyelidikan melalui penganjuran bengkel penjanaan penerbitan dan seminar. 

Selain itu, momentum penghasilan output penerbitan di dalam Scopus dan WoS oleh penyelidik perlu dikekalkan bagi memenuhi kehendak MyRA, THE dan QS. 

Saya juga berharap agar pihak Universiti terus memberi sokongan melalui penyediaan insentif penerbitan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini bagi memberi motivasi kepada penyelidik dalam usaha mewujudkan budaya penulisan di kalangan warga akademik UUM.” 

 

dr faizal

Dr. Mohd Faizal Omar

Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas)

 

“Saya akan terus membantu Universiti melonjakkan kecemerlangan dalam agenda Universiti Penyelidikan. RIMC telah diberi tanggungjawab sebagai sekretariat dalam melaksanakan pengoperasian bagi mengumpul, menyedia dan menganalisa data-data R&D&C untuk menyokong pelbagai agenda Universiti.

Ini secara tidak langsung dapat membantu keputusan yang lebih berfokus, berstrategik dan lestari di dalam memacu ekosistem R&D&C di peringkat Universiti.”

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________Logo Footer januari 2017