PENYELIDIK UUM TERIMA DUA GERAN KTP

 

ktp2017edited

UUM ONLINE: Dua projek penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menerima geran Program Pemindahan Ilmu atau Knowledge Transfer Programme (KTP), skim pembelajaran Sepanjang Hayat Rolling 1/2017 berjumlah RM131,187.20.

 

Dua projek tersebut iaitu Program Pendidikan Interactive Fun Learning Menggunakan Multiple Intelligences Stimulator (MIS) dalam Kalangan Kanak-kanak Pesakit Pediatrik yang diketuai Dr. Nurulwahida Hj. Azid @ Aziz bersama  empat penyelidik lain iaitu Prof. Madya Dr. Ruzlan Md. Ali, Dr. Siti Noor Ismail, Prof. Madya Dr. Aizan Yaacob dan Dr. Sarimah Shaik Abdullah dan projek Forwarding Creative Arts Therapy Skills from Islamic Perspective to Enhances Quality of Life and Well-Being diketuai oleh Dr. Azizah Abdullah dah dua ahli penyelidik, Dr. Mohd Zailani Mohd Yusoff dan Dr. Muhammad Dzahir Kasa, masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM75,939.70 dan RM55,247.50.

Geran yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2017 ini merupakan geran Kementerian Pendidikan pertama bagi tahun 2017.

Sehubungan itu satu Majlis Menandatangani Perjanjian Geran KTP Rolling 1/2017 melibatkan semua penyelidik terbabit telah diadakan di Bilik Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) petang semalam.

Majlis itu diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan penyelidik UUM dan sebagai ucapan tahniah kepada para pensyarah dan pelajar yang berjaya mendapat geran berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata program KTP adalah bagi memperkasa bakat para pensyarah dan pelajar selaras dengan dasar KTP iaitu memperkaya kualiti modal insan di Institusi Pendidikan Tinggi, komuniti dan industri melalui program ilmu merangkumi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. 

Beliau  berharap lebih ramai pensyarah memahami mengenai KTP bagi menarik lebih ramai penyelidik menyertainya agar lebih banyak projek yang memberi faedah kepada komuniti dihasilkan.

Para penyelidik terlibat turut mengikuti sesi Taklimat Pengurusan Penyelidikan KPT oleh Ketua Panel KTP, Prof Dr Zakaria Abas. Hadir sama Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Skim Geran Program KTP yang ditawarkan mulai  2012 merupakan salah satu Program Agenda Kritikal (CAP) di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Ia dirangka untuk menggalakkan pemindahan ilmu yang telah dijana di IPTA kepada sasaran komuniti dan industri dengan tujuan memperluas dan memperkukuh ilmu dalam kalangan masyarakat awam.

Terdahulu UUM telah berjaya mendapat 16 geran melibatkan 84 ketua dan ahli penyelidik berjumlah RM2,281,531.07.

Sumber berita : UKK UUM

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________Logo Footer januari 2017