UUM SENIOR LECTURER RECEIVES INTERNATIONAL GRANT

nasrunnewton

UUM ONLINE: A senior lecturer from the School of Technology Management and Logistics (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, successfully obtained The Newton-Ungku Omar Fund mobility grant, worth MYR 52,418.33, from the British Academy.

Dr Mohd Nasrun, who is also the Deputy Director (Research Publication) of the UUM Research and Innovation Management Centre (RIMC), obtained the grant through his research project entitled "A performance measurement approach to driving innovation and uptake of Industrialised Building System (IBS) in Malaysian construction projects."

The one-year mobility grant came into effect on 16 January 2017.

The Newton-Ungku Omar Fund is a five-year collaborative programme jointly launched in 2014 by the governments of Malaysia and the United Kingdom (UK).

The management of the fund is conducted through two main agencies, or partners, namely, 'The Newton Fund' at the Academy of Sciences Malaysia (ASM) and the Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

By way of this collaboration, The Newton Fund has undertaken to provide £75 million per year, for a period of five years commencing 2014, to develop cooperation in science and innovation in order to foster economic and social welfare growth in developing nations.

Each year, applications for research funding is open to Malaysian researchers undertaking collaborative research with partners in the UK.

Hence, UUM researchers are strongly encouraged to seize this opportunity to help increase the university’s acquisition of research funding at the international level.

__________________________________________________________________________________________________________________

UUM ONLINE: Pensyarah kanan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi berjaya memperoleh geran mobiliti The Newton–Ungku Omar Fund daripada British Academy berjumlah RM52,418.33.

Dr Mohd Nasrun yang juga Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM memperolehi geran tersebut melalui projek penyelidikannya bertajuk "A performance measurement approach to driving innovation and uptake of Industrialised Building System (IBS) in Malaysian construction projects."

Geran mobiliti selama setahun itu berkuatkuasa pada 16 Januari 2017 sehingga 15 Januari 2018.

Newton–Ungku Omar Fund merupakan program kerjasama lima tahun yang dilancarkan pada tahun 2014 oleh kerajaan Malaysia dan United Kingdom (UK).

Pengurusan dana tersebut dibuat menerusi dua agensi atau rakan kerjasama utama ‘The Newton Fund’ di Malaysia iaitu Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Menerusi kerjasama ini, The Newton Fund menyediakan £75 juta setiap tahun, bermula 2014 selama lima tahun, untuk membangunkan kerjasama sains dan inovasi bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial negara-negara membangun.

Setiap tahun, permohonan dana penyelidikan ini dibuka untuk para penyelidik di Malaysia bersama rakan kerjasama (partner) di UK.

Justeru itu, para penyelidik UUM digalakkan untuk merebut peluang ini seterusnya dapat membantu universiti untuk meningkatkan perolehan dana penyelidikan di peringkat antarabangsa. 

Sumber berita : UKK UUM

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june