PERUNTUKAN RM470 RIBU UNTUK GERAN PENYELIDIKAN COE

coe grants

Sebanyak RM470,000.00 telah ditawarkan untuk  Geran Penyelidikan  CoE  kepada 35 orang penyelidik UUM.

 

Geran yang julung kali ditawarkan ini adalah dikhususkan kepada CoE baharu di UUM sebagai salah satu usaha untuk menyokong serta  meningkatkan aktiviti penyelidikan yang berimpak tinggi di semua CoE berkenaan.

 

Timbalan Pengarah (Penyelidikan), RIMC, Prof. Madya Dr. Alias Azhar berkata, penawaran geran penyelidikan ini diharap dapat membantu CoE menjalankan penyelidikan yang berimpak tinggi dan mempunyai nilai penyelidikan translasional bagi memenuhi agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) .

 

“Pihak KPT telah mengumumkan bahawa 2017 sebagai tahun penyelidikan translasional iaitu memastikan penyelidikan mampu diterjemahkan bagi penyelesaian kepada isu nasional dan antarabangsa” katanya lagi.

 

Sementara itu, majlis menandatangani perjanjian antara penyelidik dan pihak UUM telah diadakan di Dewan Seminar C, Kompleks Konvensyen baru- baru ini.

 

Pada majlis tersebut juga, semua penyelidik yang berjaya telah diberikan taklimat kewangan oleh Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, RIMC, Abdul Rais Mohamad Mokhtar.

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june